Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendahului senarai 144 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena dengan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, hari ini.Wan Ahmad Farid, 63, yang dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 pada 28 Julai tahun lepas, menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’.Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 disempurnakan Sultan Ibrahim. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.Jaguh sukan berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dikurniakan Darjah Bakti (DB) iaitu pengiktirafan tertinggi negara terhadap kecemerlangan dan sumbangannya dalam sukan berbasikal serta memperkukuh reputasi Malaysia di persada dunia.Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ dikurniakan kepada Panglima Angkatan Tentera Datuk Seri Malek Razak Sulaiman, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn Bhd Datuk Dr Daing A Malek Daing A Rahaman. - Bernama
Go to News Site