Collector
Tema bunian, hantu dalam sambutan hari jadi boleh jadi kufur nikmat ALLAH - Mufti Kelantan | Collector
Tema bunian, hantu dalam sambutan hari jadi boleh jadi kufur nikmat ALLAH - Mufti Kelantan
Sinar Harian

Tema bunian, hantu dalam sambutan hari jadi boleh jadi kufur nikmat ALLAH - Mufti Kelantan

KOTA BHARU – Sambutan hari jadi yang bertemakan bunian dan berpakaian menyerupai hantu sehingga tular di media sosial baru-baru ini disifatkan sebagai satu bentuk kufur nikmat kerana tidak meletakkan nikmat kurniaan ALLAH SWT pada tempat yang sepatutnya, demikian kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.Menurut beliau, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan ALLAH yang perlu disyukuri mengikut tuntutan agama Islam.Ujarnya, konsep mensyukuri nikmat ialah meletakkan sesuatu nikmat yang dikurniakan ALLAH pada tempat yang betul dan selaras dengan syariat."Kita kena balik kepada asal, iaitu siapa yang menjadikan kita. Tentulah kita ini dijadikan oleh ALLAH SWT. Kita ini kepunyaan ALLAH dan kepada-NYA kita kembali."Jadi bila lahir sahaja anak, ini adalah kurniaan ALLAH yang perlu disyukuri. Mensyukuri nikmat ALLAH ialah meletakkan sesuatu nikmat itu kena pada tempatnya," katanya kepada pemberita pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan hari jadi yang didakwa bertemakan bunian dengan berpakaian menyerupai hantu seperti pocong, bunian dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.Mohamad Shukri memberitahu, sekiranya seseorang mahu meraikan kelahiran atau hari jadi anak, ia seharusnya dilakukan dengan cara yang dibenarkan agama seperti mengadakan majlis kesyukuran, solat hajat, jamuan makan atau amalan yang bertepatan dengan syariat."Kalau kita nak mensyukuri kerana dapat anak, buatlah dengan tepat. Kita ada tahlil, cukur rambut dan sambutan secara Islamik. Jangan pula kita dapat kurniaan ALLAH tetapi kita lakukan perkara-perkara yang tidak disukai agama."Maka itu dipanggil kufur nikmat. Kenapa pula kita nak kufur nikmat sedangkan kita sepatutnya mensyukuri nikmat?" katanya.Menurut beliau, tema yang mengandungi unsur pengagungan terhadap hantu dan perkara yang bercanggah dengan agama tidak wajar dijadikan sebahagian daripada sambutan."Kita buat tema hantu dan sebagainya, itu orang panggil kufur nikmat kerana kita meletakkan nikmat yang Tuhan bagi itu tidak kena pada tempatnya," katanya.Mengulas mengenai trend sambutan hari jadi bertemakan konsep tertentu, beliau menjelaskan Islam tidak melarang tema-tema tertentu selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama."Boleh, tema-tema sahaja. Apa tema pun boleh, tetapi tema yang tidak berlawanan dengan kehendak agama."Kalau kita duduk beri pemujaan kepada hantu dan sebagainya, itu berlawanan dengan agama. Suka-suka....kena suka-suka yang disukai agama dan dibenarkan oleh agama," katanya.Beliau turut menegaskan bahawa sambutan kelahiran atau hari jadi sepatutnya menjadi medium untuk menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH atas nikmat yang dikurniakan, bukannya melakukan perkara yang bertentangan dengan tuntutan agama.Terdahulu tular di media sosial tindakan seorang 'founder' di negeri ini mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya bertemakan bunian menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.Dalam majlis tersebut ada yang berpakaian menyerupai hantu seperti pocong, bunian dan sebagainya turut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Go to News Site