Collector
Liverpool perlu bayar pampasan RM37 juta selepas pecat Slot | Collector
Liverpool perlu bayar pampasan RM37 juta selepas pecat Slot
Sinar Harian

Liverpool perlu bayar pampasan RM37 juta selepas pecat Slot

LIVERPOOL dilaporkan terpaksa menanggung kos kewangan yang besar selepas membuat keputusan untuk menamatkan kontrak pengendali pasukan, Arne Slot setahun lebih awal daripada baki kontrak asalnya.Slot sepatutnya memasuki tahun terakhir kontraknya di Anfield pada Julai ini, namun pihak pengurusan tertinggi kelab memutuskan untuk berpisah dengan pengendali kelahiran Belanda itu.Keputusan tersebut menyaksikan Liverpool kini perlu melantik ketua jurulatih baharu bersama sebahagian besar barisan kejurulatihan yang lain, dengan Andoni Iraola serta pembantunya, Tommy Elphick kini disebut-sebut bakal menyertai The Reds.Perubahan drastik dalam struktur kejurulatihan ini membawa implikasi kewangan yang besar kepada Liverpool terutamanya membabitkan pakej pampasan penamatan kontrak Slot.Laporan daripada akhbar Belanda, De Telegraaf mendedahkan bahawa Slot dibayar pampasan sebanyak €8 juta (RM37 juta) untuk menamatkan kontraknya setahun lebih awal.Selain Slot, beberapa kakitangan kejurulatihan lain termasuk Sipke Hulshoff, Giovanni van Bronckhorst dan Ruben Peeters turut dilaporkan meninggalkan Liverpool serta-merta, selain bakal menerima bayaran pampasan masing-masing.Dalam pada itu, wartawan The Telegraph, Jason Burt mendakwa bahawa kelab juga perlu berunding mengenai penamatan kontrak Etienne Reijnen yang sepatutnya menyertai barisan kejurulatihan Slot musim panas ini selepas meninggalkan Feyenoord.Langkah ini menyusuli pembayaran pampasan yang hampir serupa kepada Jurgen Klopp dan barisan kejurulatihannya apabila mereka meninggalkan kelab lebih awal pada tahun 2024.Wartawan The Athletic, James Pearce melaporkan pada Februari 2025 bahawa sejumlah £9.6 juta (RM51.2 juta) telah dibayar secara gabungan kepada Klopp, Pepijn Lijnders, Vitor Matos, John Achterberg, Andreas Kornmayer, Andreas Schlumberger dan Jack Robinson.Pembayaran kepada Klopp dan kakitangannya dilakukan walaupun pengendali dari Jerman itu memilih untuk meletak jawatan secara sukarela berbeza dengan situasi Slot yang ditamatkan kontrak oleh pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG).Slot kini dilaporkan sedia untuk menilai peluang baharu dalam karier kejurulatihannya selepas sebelum ini menolak tawaran daripada kelab gergasi Belanda, Ajax awal tahun ini.Kelab Serie A, AC Milan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat pengendali berusia 47 tahun itu, namun beliau dijangka akan mengambil masa sebelum kembali membimbing pasukan baharu.Sementara itu, kapten Liverpool, Virgil van Dijk menerusi hantaran di Instagram Story miliknya pada Ahad, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Slot atas sumbangannya membantu kelab memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris kedua mereka."Kami tidak akan melupakan kejayaan menjuarai Liga Perdana Inggeris dalam musim pertama kita bersama."Terima kasih, jurulatih dan selamat maju jaya kepada anda serta keluarga pada masa hadapan," tulis pemain pertahanan berusia 34 tahun itu.

Go to News Site