Collector
Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis | Collector
Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis
Sinar Harian

Nahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis

KLUANG - Dua kereta mewah dipandu secara laju dan melulu mengakibatkan kemalangan empat kenderaan lain dan lima maut termasuk pasangan suami isteri dalam kejadian di Kilometer 27 jalan Renggam-Simpang Renggam di sini, pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan lima kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan dua Mercedes Benz pada jam 1.15 tengah hari."Kemalangan tersebut berlaku semasa BMW 530e dipandu seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menghala ke Simpang Renggam."Kereta itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama-sama sebuah Mercedes-Benz A250. Semasa sampai di tempat kejadian, BMW 530e hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar keempat- empat kenderaan berkenaan."Kereta BMW 530e itu pula terbabas dan jatuh ke dalam gaung di seberang jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, semasa kejadian Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz itu sedang bergerak dari arah bertentangan.Katanya, akibat daripada kejadian itu, Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh,75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian.Jelasnya, semua mangsa yang beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan."Pemandu kereta BMW yang sebuah lagi turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada."Sementara lapan lagi mangsa lain yang mengalami kecederaan dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk rawatan," katanya.Menurut Bahrin lagi, pemandu Mercedes-Benz A250 yang berusia 19 tahun turut ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jakan (APJ) 1987.Dua suspek berkenaan katanya, yang merupakan adik beradik akan mohon untuk ditahan reman di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada pukul 10.30 pagi ini.Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Renggam, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Mamat berkata, kemalangan itu berlaku di hadapan penjara Simpang Renggam.Menurut beliau, seramai lima anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya lapan kilometer."Operasi menyelamatkan mangsa dilakukan sehingga selesai," katanya dalam kenyataan.

Go to News Site