Sinar Harian
SEBANYAK 48 pasukan bakal berentap pada saingan Piala Dunia 2026 yang menyingkap tirai di Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada dari 11 Jun hingga 19 Julai depan.Edisi kali ini mencatat sejarah tersendiri sebagai temasya bola sepak dunia pertama menampilkan 48 pasukan.Saingan dijangka sengit dengan kehadiran kuasa besar bola sepak dunia seperti Argentina, Brazil, Perancis,Sepanyol, England dan Jerman.Turut menjadi tumpuan ialah beberapa pasukan kuda hitam yang berpotensi mencipta kejutan di pentas dunia.KUMPULAN ARepublik CzechJurulatih: Miroslav KoubekPemain bintang: Patrick SchickPencapaian terbaik: Naib juara (sebagai Czechoslovakia) pada 1934 dan 1962Republik Czech kembali beraksi di pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 2006. Walaupun tidak lagi dibarisi nama besar seperti Pavel Nedved dan Petr Cech, mereka berjaya melayakkan diri menerusi aksi playoff selepas menewaskan Republik Ireland dan Denmark.MexicoJurulatih: Javier AguirrePemain bintang: Raul JimenezPencapaian terbaik: Suku akhir (1970, 1986)Mexico mencipta sejarah sebagai negara pertama menjadi tuan rumah Piala Dunia sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, skuad El Tri hadir tanpa status pencabar utama dan bergantung kepada sokongan padu penyokong di laman sendiri untuk memberi kelebihan.Afrika SelatanJurulatih: Hugo BroosPemain bintang: Lyle FosterPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1998, 2002, 2010)Bafana Bafana kembali ke Piala Dunia buat kali pertama sejak menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2010. Mereka berjaya mengatasi pelbagai cabaran sepanjang kempen kelayakan untuk menempah tiket ke Amerika Utara.Korea SelatanJurulatih: Hong Myung-boPemain bintang: Son Heung-minPencapaian terbaik: Tempat keempat (2002)Korea Selatan masih bergantung kepada ketajaman Son Heung-min yang kini berusia 33 tahun. Namun, skuad Taeguk Warriors memerlukan pemain lain tampil menyerlah jika mahu mengulangi pencapaian membanggakan mereka di pentas dunia.KUMPULAN BBosnia & HerzegovinaJurulatih: Sergej BarbarezPemain bintang: Edin DžekoPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (2014)Bosnia dan Herzegovina mencipta kejutan apabila menyingkirkan Itali dalam aksi playoff untuk layak ke Piala Dunia kedua mereka. Edin Džeko terus menjadi sandaran utama biarpun sudah mencecah usia 40 tahun, selain dibantu generasi baharu yang semakin menyerlah.KanadaJurulatih: Jesse MarschPemain bintang: Alphonso DaviesPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1986, 2022)Selaku tuan rumah bersama, Kanada berusaha melonjakkan reputasi bola sepak negara itu. Kecergasan Alphonso Davies menjadi tumpuan utama, manakala Jonathan David diharapkan mampu memikul cabaran di barisan serangan.QatarJurulatih: Julen LopeteguiPemain bintang: Akram AfifPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (2022)Qatar kembali ke pentas Piala Dunia selepas kempen mengecewakan pada edisi 2022. Di bawah kendalian Julen Lopetegui, mereka kini lebih teratur dan bergantung kepada kreativiti Akram Afif untuk mencipta impak.SwitzerlandJurulatih: Murat YakinPemain bintang: Granit XhakaPencapaian terbaik: Suku akhir (1934, 1938, 1954)Switzerland hadir sebagai pasukan konsisten Eropah, namun skuad ini menghampiri fasa peralihan generasi. Mereka tetap berbahaya dengan disiplin taktikal tinggi dan kemampuan memberi tekanan kepada mana-mana pasukan.KUMPULAN CBrazilJurulatih: Carlo AncelottiPemain bintang: Vinícius JúniorPencapaian terbaik: Juara (1958, 1962, 1970, 1994, 2002)Brazil kembali dengan reputasi gergasi bola sepak dunia. Di bawah bimbingan Carlo Ancelotti, Selecao dijangka tampil dengan gaya permainan penuh keyakinan dan misi menambah koleksi kejuaraan dunia mereka.HaitiJurulatih: Sebastien MignéPemain bintang: Jean-Ricner BellegardePencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1974)Haiti mencipta sejarah kelayakan meskipun berdepan ketidakstabilan negara. Skuad ini beraksi di luar negara sejak 2021 namun tetap berjaya mencipta kejutan dalam kempen kelayakan.MaghribiJurulatih: Mohamed OuahbiPemain bintang: Achraf HakimiPencapaian terbaik: Tempat keempat (2022)Maghribi masih membawa momentum kejayaan Piala Dunia 2022 apabila menjadi pasukan Afrika pertama mara ke separuh akhir. Mereka memiliki keseimbangan pengalaman dan kualiti di setiap posisi.ScotlandJurulatih: Steve ClarkePemain bintang: Scott McTominayPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (beberapa edisi)Scotland kembali ke Piala Dunia selepas 28 tahun dan hadir dengan semangat baharu. Kehadiran pemain seperti John McGinn, Andy Robertson dan Scott McTominay memberi harapan untuk mencipta kejutan.KUMPULAN DAustraliaJurulatih: Tony PopovicPemain bintang: Nestory IrankundaPencapaian terbaik: Pusingan 16 (2006, 2022)Australia kekal sebagai antara pasukan konsisten Asia-Pasifik di pentas dunia. Selepas layak ke pusingan 16 pada 2022, Socceroos dijangka sekali lagi menjadi pasukan yang sukar ditewaskan.ParaguayJurulatih: Gustavo AlfaroPemain bintang: Miguel AlmirónPencapaian terbaik: Suku akhir (2010)Paraguay kembali ke Piala Dunia selepas lebih sedekad dengan reputasi pasukan berdisiplin. Di bawah Gustavo Alfaro, mereka menunjukkan peningkatan ketara termasuk menewaskan gergasi Amerika Selatan dalam kelayakan.TurkiyeJurulatih: Vincenzo MontellaPemain bintang: Arda GülerPencapaian terbaik: Tempat ketiga (2002)Turkiye kembali selepas lima edisi gagal layak dengan membawa generasi muda berbakat. Arda Güler dan Kenan Yildiz dijangka menjadi pencetus utama kebangkitan pasukan ini.Amerika SyarikatJurulatih: Mauricio PochettinoPemain bintang: Christian PulisicPencapaian terbaik: Tempat ketiga (1930)Sebagai tuan rumah, Amerika Syarikat meletakkan harapan tinggi untuk mencipta kejayaan di laman sendiri. Di bawah kendalian Mauricio Pochettino, mereka dijangka memanfaatkan kelebihan sokongan penyokong tempatan.KUMPULAN ECuracaoJurulatih: Dick AdvocaatPemain bintang: Leandro BacunaPencapaian terbaik: DebutanCuracao mencipta sejarah apabila layak buat pertama kali ke Piala Dunia. Diketuai jurulatih berpengalaman Dick Advocaat, pasukan kecil ini tampil tanpa tekanan besar dan berpotensi mencipta kejutan.EcuadorJurulatih: Sebastián BeccacecePemain bintang: Moisés CaicedoPencapaian terbaik: Pusingan 16 (2006)Ecuador terus menunjukkan peningkatan sebagai pasukan muda dan bertenaga dari Amerika Selatan. Mereka kini lebih tersusun dengan kekuatan utama di benteng pertahanan dan tenaga tengah.JermanJurulatih: Julian NagelsmannPemain bintang: Jamal MusialaPencapaian terbaik: Juara (1954, 1974, 1990, 2014)Jerman kembali dengan misi menebus kegagalan dua edisi terdahulu. Walaupun masih memiliki kualiti tinggi, persoalan utama ialah kestabilan benteng pertahanan mereka.Ivory CoastJurulatih: Emerse FaéPemain bintang: Amad DialloPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (2006, 2010, 2014)Ivory Coast bergantung kepada kombinasi bakat muda dan pengalaman. Selepas lama tidak beraksi di pentas dunia, mereka berusaha membina semula kekuatan pasukan.KUMPULAN FJepunJurulatih: Hajime MoriyasuPemain bintang: Takefusa KuboPencapaian terbaik: Pusingan 16 (2002, 2010, 2018, 2022)Jepun kini antara pasukan Asia paling konsisten di pentas dunia. Dengan disiplin tinggi dan taktikal moden, mereka mampu mencipta kejutan ke atas pasukan besar.BelandaJurulatih: Ronald KoemanPemain bintang: Virgil van DijkPencapaian terbaik: Naib juara (1974, 1978, 2010)Belanda hadir dengan skuad seimbang walaupun tidak sekuat generasi terdahulu. Namun pengalaman pemain Premier League memberi kekuatan tersendiri.SwedenJurulatih: Graham PotterPemain bintang: Alexander IsakPencapaian terbaik: Tempat ketiga (1994)Sweden bangkit semula selepas kempen kelayakan yang tidak menentu. Di bawah Graham Potter, mereka kembali tersusun dan lebih kompetitif.TunisiaJurulatih: Sabri LamouchiPemain bintang: Hannibal MejbriPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (beberapa edisi)Tunisia terkenal dengan disiplin pertahanan yang tinggi. Namun mereka perlu lebih tajam di hadapan gol jika mahu melangkah jauh.KUMPULAN GBelgiumJurulatih: Rudi GarciaPemain bintang: Kevin De BruynePencapaian terbaik: Tempat ketiga (2018)Belgium masih bergantung kepada generasi emas yang semakin berusia. Mereka memerlukan kebangkitan generasi baharu untuk kekal relevan di pentas dunia.MesirJurulatih: Hossam HassanPemain bintang: Mohamed SalahPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1934, 1990, 2018)Mesir sekali lagi bergantung kepada kehebatan Mohamed Salah. Harapan tinggi diletakkan untuk mencipta kemenangan pertama di pentas Piala Dunia.IranJurulatih: Amir GhalenoeiPemain bintang: Mehdi TaremiPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (beberapa edisi)Iran berdepan tekanan besar di luar padang, namun tetap konsisten layak ke Piala Dunia. Mereka dijangka bergantung kepada disiplin taktikal yang tinggi.New ZealandJurulatih: Darren BazeleyPemain bintang: Chris WoodPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1982, 2010)New Zealand kembali dengan skuad tersusun dan fizikal kuat. Chris Wood menjadi sandaran utama di bahagian serangan.KUMPULAN HCape VerdeJurulatih: BubistaPemain bintang: Ryan MendesPencapaian terbaik: DebutanCape Verde mencipta sejarah sebagai antara negara terkecil yang layak ke Piala Dunia. Kehadiran mereka menjadi simbol perkembangan bola sepak Afrika.Arab SaudiJurulatih: Georgios DonisPemain bintang: Salem Al-DawsariPencapaian terbaik: Pusingan 16 (1994)Arab Saudi terus melabur besar dalam pembangunan bola sepak. Selepas mengejutkan Argentina pada edisi lalu, mereka kembali dengan cabaran baharu.SepanyolJurulatih: Luis de la FuentePemain bintang: Lamine YamalPencapaian terbaik: Juara (2010)Sepanyol antara pencabar utama kejuaraan dengan generasi baharu berbakat besar. Kecergasan pemain muda menjadi faktor penting dalam kempen mereka.UruguayJurulatih: Marcelo BielsaPemain bintang: Federico ValverdePencapaian terbaik: Juara (1930, 1950)Uruguay hadir dengan pasukan seimbang tetapi tidak menentu. Di bawah Marcelo Bielsa, mereka mampu menjadi pasukan sukar dijangka.KUMPULAN IPerancisJurulatih: Didier DeschampsPemain bintang: Kylian MbappéPencapaian terbaik: Juara (1998, 2018)Perancis kekal sebagai antara kuasa besar dunia dengan barisan serangan paling berbahaya. Ini merupakan kejohanan terakhir Didier Deschamps sebagai pengendali.IraqJurulatih: Graham ArnoldPemain bintang: Aymen HusseinPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1986)Iraq kembali ke Piala Dunia selepas 40 tahun dan hadir sebagai pasukan kuda hitam. Walaupun berdepan cabaran besar, pencapaian ini sudah dianggap luar biasa.NorwayJurulatih: Ståle SolbakkenPemain bintang: Erling HaalandPencapaian terbaik: Pusingan 16 (1998)Norway kembali dengan skuad berbakat besar diketuai Erling Haaland. Mereka tampil sebagai antara pasukan yang mampu mencipta kejutan besar.SenegalJurulatih: Pape ThiawPemain bintang: Sadio ManéPencapaian terbaik: Suku akhir (2002)Senegal kekal sebagai antara kuasa Afrika paling konsisten. Gabungan pengalaman dan tenaga muda menjadikan mereka pencabar serius.KUMPULAN JAlgeriaJurulatih: Vladimir PetkovićPemain bintang: Riyad MahrezPencapaian terbaik: Pusingan 16 (2014)Algeria bergantung kepada pengalaman Riyad Mahrez untuk memimpin pasukan. Keseimbangan taktikal menjadi kunci utama.ArgentinaJurulatih: Lionel ScaloniPemain bintang: Lionel MessiPencapaian terbaik: Juara (1978, 1986, 2022)Argentina hadir sebagai penyandang juara dengan misi mempertahankan kejuaraan. Messi dijangka mengharungi Piala Dunia terakhirnya.AustriaJurulatih: Ralf RangnickPemain bintang: David AlabaPencapaian terbaik: Tempat ketiga (1954)Austria kembali selepas lama menyepi dengan pendekatan taktikal moden. Mereka dijangka sukar ditewaskan.JordanJurulatih: Jamal SellamiPemain bintang: Musa Al-TaamariPencapaian terbaik: DebutanJordan membuat penampilan sulung di pentas dunia dengan status underdog. Mereka hadir tanpa tekanan besar.KUMPULAN KColombiaJurulatih: Néstor LorenzoPemain bintang: Luis DíazPencapaian terbaik: Suku akhir (2014)Colombia kembali dengan keyakinan tinggi selepas aksi cemerlang di Copa América. Mereka memiliki keseimbangan serangan dan pengalaman.DR CongoJurulatih: Sébastien DesabrePemain bintang: Cédric BakambuPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (1974)DR Congo kembali ke pentas dunia selepas lebih 40 tahun. Mereka memiliki beberapa pemain berpengalaman di Eropah.PortugalJurulatih: Roberto MartínezPemain bintang: VitinhaPencapaian terbaik: Tempat ketiga (1966)Portugal hadir dengan generasi berbakat besar tetapi tidak semua mendapat tempat dalam skuad. Ronaldo dijangka mengharungi edisi terakhirnya.UzbekistanJurulatih: Fabio CannavaroPemain bintang: Abdukodir KhusanovPencapaian terbaik: DebutanUzbekistan membuat penampilan sulung dengan barisan muda berbakat. Kehadiran Fabio Cannavaro menambah pengalaman di bangku kejurulatihan.KUMPULAN LCroatiaJurulatih: Zlatko DalićPemain bintang: Luka ModrićPencapaian terbaik: Naib juara (2018)Croatia masih bergantung kepada generasi emas yang semakin berusia. Modrić dijangka mengharungi Piala Dunia terakhirnya.EnglandJurulatih: Thomas TuchelPemain bintang: Harry KanePencapaian terbaik: Juara (1966)England kembali sebagai antara pencabar utama kejuaraan. Di bawah Thomas Tuchel, mereka memburu gelaran dunia kedua.GhanaJurulatih: Carlos QueirozPemain bintang: Antoine SemenyoPencapaian terbaik: Suku akhir (2010)Ghana kembali dengan skuad berbakat tetapi tidak konsisten. Mereka memerlukan kestabilan untuk mara lebih jauh.PanamaJurulatih: Thomas ChristiansenPemain bintang: Adalberto CarrasquillaPencapaian terbaik: Peringkat kumpulan (2018)Panama hadir dengan disiplin tinggi dan identiti pasukan yang jelas. Mereka tetap dianggap pasukan bukan pilihan.
Go to News Site