Collector
Bubar DUN: Johor sudah, Negeri Sembilan bila? | Collector
Bubar DUN: Johor sudah, Negeri Sembilan bila?
Sinar Harian

Bubar DUN: Johor sudah, Negeri Sembilan bila?

SEREMBAN – Selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada Isnin, Negeri Sembilan turut dikatakan akan mengambil langkah sama.Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bersama beberapa pemimpin parti mula hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar seawal jam 9.30 pagi pada Selasa.Kehadiran mereka dipercayai bagi menghadiri mesyuarat khas berkaitan dengan pembubaran DUN.Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah memaklumkan, tiada sidang media yang akan diadakan susulan mesyuarat terbabit.Namun beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun akan mengadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Rabu."Esok seperti biasa sebelum Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan, Menteri Besar akan mengadap Tuanku," katanya kepada media.Tinjauan Sinar Harian di media sosial mendapati, pelbagai reaksi dan desakan mula dilontarkan supaya Negeri Sembilan mengambil keputusan sama dengan Johor.Ia susulan ucapan Setiausaha Agung DAP yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook di Konvensyen PH di Johor pada 17 Mei lalu yang memaklumkan bahawa Negeri Sembilan akan mengikut langkah Johor sekiranya negeri terbabit membubarkan DUN.Sementara itu, Pemuda UMNO Negeri Sembilan bersetuju sekiranya DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada rakyat menentukan semula mandat mereka.Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin berkata, pembubaran DUN Negeri Sembilan dilihat perlu dalam keadaan situasi politik semasa demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negeri itu terus terpelihara.Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid pula berkata, seperti mana yang disarankan oleh presiden parti, pihaknya sentiasa bersiap sedia sekiranya pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat."Rakyat Negeri Sembilan mungkin merasakan DUN negeri ini perlu dibubarkan kerana ucapan Anthony Loke di Konvensyen PH lalu."Tapi soalnya, bolehkah pembubaran itu dibuat dengan keadaan krisis adat dan perlembagaan yang sedang berlaku sekarang?"Apa-apa pun Wanita UMNO Negeri Sembilan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia," katanya.Sebelum ini, Aminuddin dilaporkan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu akan diadakan tahun ini.Beliau berkata, bagaimanapun keputusan itu bergantung kepada kesesuaian semasa."Kita tengoklah keadaan. Kita rasa Pilihan Raya Umum pun dah dekat tapi saya tak menolak kemungkinan PRN tahun ini, kemungkinan tahun depan... Insya-ALLAH."Saya pun rasa cantik diadakan sekarang atau cantik akan datang....semua cantik," katanya.

Go to News Site