Collector
Lelaki parah di kepala, bahu, siku ditetak dalam kejadian samun | Collector
Lelaki parah di kepala, bahu, siku ditetak dalam kejadian samun
Sinar Harian

Lelaki parah di kepala, bahu, siku ditetak dalam kejadian samun

BALING – Seorang lelaki tempatan parah di bahagian kepala, bahu dan siku selepas dipercayai ditetak menggunakan parang dalam kejadian samun di sebuah rumah di Kuala Ketil di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, kejadian itu dipercayai melibatkan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian samun berkumpulan bersenjatakan senjata tajam itu pada jam lebih kurang 8.40 pagi."Berdasarkan siasatan awal, pada 1 Jun 2026 kira-kira jam 8.10 pagi, mangsa didatangi dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak."Kedua-dua suspek dipercayai bersenjatakan parang sebelum menyerang mangsa," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mangsa yang merupakan lelaki berbangsa Siam berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan di bahagian kepala, bahu dan siku akibat ditetak dalam kejadian tersebut."Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani," katanya.Katanya, kejadian turut menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang tunai serta kehilangan barangan peribadi.Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan.Brandon berkata, polis kini giat mengesan kedua-dua suspek dan siasatan dijalankan dari pelbagai sudut."Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan," katanya.

Go to News Site