Sinar Harian
DUNGUN - Jenazah empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di Simpang Renggam, Johor semalam, selamat dikebumikan pagi ini.Mohd Aiman Mohd Rashid, 36; isterinya Nor Azlina Abd Latif, 33; dan ibu Nor Azlina, Semek Mat Soh, 73; serta anak saudara Mohd Aiman, Nur Airish Syifa Sidek,10, dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini pada jam 9.25 pagi.Terdahulu, jenazah empat sekeluarga itu dibawa ke Masjid Sultan Mahmud Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini untuk disolatkan pada jam 8.35 pagi ini, selepas proses bedah siasat di Hospital Enche' Besar Hajah Khalsom di Kluang, Johor selesai malam tadi.Lebih 200 orang terdiri daripada sanak saudara dan kenalan hadir pada pengebumian itu yang selesai pada jam 10.45 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas lima kenderaan Lima maut, BMW hilang kawalan rempuh empat kenderaanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - Polis'Arwah masih bersedih selepas kehilangan ayahnya dua minggu lepas' - Ibu saudara mangsa nahas maut di Simpang RenggamTerkilan tidak sempat bergambar dengan ibu saudara sempena Aidiladha - Anak saudaraNahas di Simpang Renggam: Seorang lagi maut kereta masuk gaung, pemandu Mercedes Benz ditahanNahas empat sekeluarga maut berpunca dua kereta mewah pandu laju, melulu - PolisDalam kejadian pada 1.16 petang semalam, Mohd Aiman yang tinggal dan bekerja di ladang kelapa sawit di Felda Ulu Sedili, Johor, dipercayai bersama ahli keluarganya dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri keluarga terdekat di Telok Emas, Melaka.Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Toyota Vios yang dinaiki keluarga tersebut, Perodua Alza, Proton Wira serta sebuah lagi Mercedes-Benz.Sementara itu, pemandu BMW 530e itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.- Bernama
Go to News Site