Collector
ADUN PH Negeri Sembilan hadir pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar | Collector
ADUN PH Negeri Sembilan hadir pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar
Sinar Harian

ADUN PH Negeri Sembilan hadir pertemuan di Kediaman Rasmi Menteri Besar

SEREMBAN - Beberapa kenderaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilihat memasuki kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini hari ini.Difahamkan kehadiran mereka kira-kira jam 9.30 pagi tadi bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Md Shah berkata, setakat ini tiada sidang media diadakan berkenaan pertemuan itu.Beliau turut memaklumkan Menteri Besar akan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir esok, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.- Bernama

Go to News Site