Sinar Harian
AMPANG - Lapan individu termasuk ibu bapa kepada kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 13 sebuah apartment di Taman Cahaya Ampang di sini Ahad lalu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, siasatan kes ini masih dijalankan."Setakat ini lapan orang telah diambil keterangan."Proses bedah siasat mangsa juga telah selesai di Hospital Ampang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut dalam kejadian itu.Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berada di rumah bersendirian.Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Go to News Site