Sinar Harian
SHAH ALAM - Data keahlian Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan 29 peratus pemohonnya merupakan penyokong PKR dan 15 peratus lagi terdiri parti-parti Melayu termasuk UMNO, Bersatu, Pas dan Amanah.Bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, manakala 46 peratus iaitu hampir separuh keahlian Bersama adalah dari kalangan rakyat malaysia yang tidak pernah menganggotai mana-mana parti.Menurutnya, mereka mungkin penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) ataupun tidak minat langsung tetapi memilih untuk menjadi anggota parti buat kali pertama.Katanya lagi, data itu diambil ketika ahli Bersama mencecah 18,000 dan kini sudah melebihi 20,000 orang."Bagi saya kita menyediakan alternatif yang mungkin tidak ada kepada pengundi selama ini dan PH. Kamu (PH) perlu meningkatkan prestasi untuk mengekalkan sokongan dan lihat ini sebagai satu perkara positif."Selama ini, jika tidak sehaluan atau bersetuju dengan sesuatu perkara dalam PKR, kami sering diminta untuk keluar daripada parti. Kini kami memilih untuk keluar dan bina satu wardah yang baharu, biarlah kita bersaing dengan sihat."Kami adalah parti baharu yang tidak ada kuasa dan sumber yang besar. Jadi saya rasa, tak perlulah ditakut-takutkan tetapi kami yakin rakyat serta pengundi di luar sana mahukan satu alternatif," ujarnya dalam Facebook pada Selasa.Sebelum ini, bekas Timblaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi mengesahkan akan mengambil alih sebuah parti politik dikenali Parti Bersama Malaysia (MU).Penyerahan parti yang akan diterajui kedua-dua bekas menteri itu dilaksanakan pada majlis pengumuman hala tuju politik mereka.Secara tidak langsung, simbolik tersebut telah menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu mengenai hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas 'disisihkan' PKR setahun lalu.Sebagai rekod, MU merupakan sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.Nik Nazmi memberitahu, pandangan bahawa kewujudan parti Bersama akan mempecahbelahkan pengundi PH dan mungkin PN adalah sesuatu yang dangkal.Jelasnya, ini kerana tugas untuk menang haruslah bersandarkan kemampuan PH untuk melaksanakan sesuatu parkata yang mereka janjikan dan tidak lari daripada idealisme parti."Sekiranya PH tidak dapat laksanakan perkara tersebut maka kita akan tengok pengundi menghukum."Di Sabah misalnya, orang banyak bercakap pasal kemenangan parti Warisan yang mendapat sebahagian undi di bandar tetapi kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi-penguni tradisi PH juga turun dengan mendadak."Ini bermakna bukan semua mengundi Warisan ada juga duduk di rumah kerana mereka tidak berpuas hati dengan PH
Go to News Site