Collector
MHO dakwa sindiket scam Kemboja, Laos, Myanmar berpindah ke Malaysia | Collector
MHO dakwa sindiket scam Kemboja, Laos, Myanmar berpindah ke Malaysia
Sinar Harian

MHO dakwa sindiket scam Kemboja, Laos, Myanmar berpindah ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan sindiket penipuan dalam talian yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos dan Kemboja dipercayai telah memindahkan pusat operasinya ke Malaysia.Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sindiket antarabangsa itu dipercayai menjadikan negara ini sebagai lokasi operasi baharu bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa susulan tindakan tegas termasuk operasi besar-besaran oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).Menurutnya, MHO akan menyalurkan maklumat berhubung kewujudan pusat operasi sindiket berkenaan kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat."Sindiket ini dipercayai menggunakan taktik berpindah-randah dan beroperasi secara rahsia di lokasi strategik sejak lebih enam bulan lalu."Berdasarkan maklumat awal, kami mengesan sekurang-kurangnya dua lokasi di Malaysia dijadikan pusat operasi utama mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Beliau berkata, kewujudan sindiket itu merupakan satu perkembangan yang amat memalukan sekiranya benar Malaysia dijadikan sebagai lokasi operasi scammer antarabangsa.Menurutnya, sebelum perkara itu didedahkan oleh pihak luar atau agensi antarabangsa, adalah lebih baik ia dibongkar terlebih dahulu oleh pihak tempatan bagi menjaga imej negara.Hishamuddin turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai premis mencurigakan, penempatan atau aktiviti pengambilan pekerja yang meragukan supaya tampil membantu pihak berkuasa dalam usaha membanteras sindiket berkenaan."Kita memberi jaminan penuh keselamatan dan kerahsiaan kepada mana-mana individu yang tampil sebagai pemberi maklumat," katanya.

Go to News Site