Collector
Tangguh atau teruskan operasi SAR Jaslinda diputuskan esok | Collector
Tangguh atau teruskan operasi SAR Jaslinda diputuskan esok
Sinar Harian

Tangguh atau teruskan operasi SAR Jaslinda diputuskan esok

TAPAH – Keputusan sama ada meneruskan atau menangguhkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita hilang, Jaslinda Saludin, 49, akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas melibatkan pelbagai agensi pada Rabu.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, keputusan dibuat berdasarkan hasil perbincangan bersama agensi terlibat dengan mengambil kira perkembangan terkini operasi di lapangan.Menurutnya, mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Perhutanan serta agensi berkaitan lain."Kita akan berbincang bersama semua agensi terlibat dan melihat kepada penemuan-penemuan sepanjang operasi dijalankan."Daripada situ, kita akan tentukan sama ada operasi pencarian ini diteruskan untuk beberapa hari lagi atau ditangguhkan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.Beliau berkata, sehingga kini, operasi SAR di lokasi masih diteruskan dengan kekuatan anggota pelbagai agensi termasuk Malim Gunung Perhutanan."Seramai 24 anggota SAR yang dihantar sejak semalam masih berada di lokasi."Komuniti Orang Asli turut membantu operasi dengan anggaran sekitar 22 orang, namun jumlah sebenar masih belum dapat disahkan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.

Go to News Site