Sinar Harian
TAPAH - Sekumpulan Orang Asli dari Pos Titom, Hulu Jelai, Pahang tampil membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih secara sukarela sejak empat hari lalu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seramai 13 individu daripada kumpulan berkenaan dikesan berada di sekitar Gunung Rayu bagi membantu usaha pencarian mangsa.Menurutnya, kumpulan tersebut dipercayai sebahagian daripada Pasukan Pelindung di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang aktif menjalankan aktiviti di kawasan hutan.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiat"Mereka ini telah memulakan usaha pencarian secara sukarela sejak empat hari lalu di kawasan Gunung Rayu."Pasukan SAR yang beroperasi di kawasan itu telah bertemu dengan kumpulan berkenaan ketika menjalankan operasi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, setakat ini tiada perkembangan baharu dilaporkan berhubung penemuan mangsa, dengan operasi pencarian masih diteruskan seperti hari sebelumnya.Menurutnya, pasukan SAR yang diturunkan menggunakan pesawat MI-17 semalam masih berada di lokasi bagi meneruskan usaha pencarian dan dijangka keluar pada tengah hari Rabu."Tiada penambahan pasukan baharu sama ada melalui udara atau darat pada hari ini," katanya.Mangsa, Jaslinda Saludin, 49, dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN:Pasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuBagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi, Ahad lalu.
Go to News Site