Collector
Senarai calon BN tular palsu - Onn Hafiz | Collector
Senarai calon BN tular palsu - Onn Hafiz
Sinar Harian

Senarai calon BN tular palsu - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menafikan kesahihan satu senarai calon Barisan Nasional (BN) yang sedang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Beliau yang juga Pengerusi BN Johor, menegaskan bahawa senarai berkenaan adalah palsu dan tidak benar serta meminta orang ramai supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.Menurutnya, sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat menerusi saluran rasmi parti."Saya mengambil maklum mengenai satu senarai calon Barisan Nasional yang sedang bertebaran di media sosial dan aplikasi WhatsApp."Saya ingin menegaskan bahawa senarai tersebut adalah palsu dan tidak benar," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.Sebelum itu, tular senarai nama calon BN yang kononnya akan bertanding di 56 kerusi DUN, termasuk nama penyandang kerusi DUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi.Onn Hafiz berkata, dalam suasana pilihan raya, pelbagai bentuk fitnah, khabar angin, provokasi dan berita palsu dijangka akan dimainkan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum menerimanya sebagai fakta."Justeru, saya menyeru seluruh Bangsa Johor agar mengamalkan sikap tabayyun, menyemak fakta terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi sebelum menerima atau menyebarkan sesuatu berita," katanya.Menurut beliau, budaya menyebarkan maklumat yang tidak sahih bukan sahaja boleh mencetuskan kekeliruan, malah berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat serta proses demokrasi yang sedang berlangsung.Dalam masa sama, beliau mengajak semua pihak supaya berpolitik secara matang, berakhlak dan bertanggungjawab sepanjang tempoh kempen pilihan raya.PRN Johor bakal diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Isnin lalu.

Go to News Site