Sinar Harian
PETALING JAYA – Kakak kepada pendaki wanita yang masih hilang, Jaslinda Saludin, 49, meluahkan rasa sedih terhadap pelbagai spekulasi, andaian serta komen negatif yang dilemparkan segelintir pengguna media sosial susulan insiden yang menimpa keluarganya.Menerusi satu hantaran di akaun TikTok @Minjd74, wanita tersebut berkongsi gambar bersama Jaslinda sambil meluahkan perasaan mengenai kata-kata yang disifatkan sebagai menyakitkan hati ketika mereka berdepan detik sukar.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuMenurutnya, pengalaman yang dilalui sejak kebelakangan ini membuka matanya tentang sikap sesetengah pihak di alam maya yang mudah membuat penilaian tanpa mengetahui situasi sebenar."Selepas segala yang keluarga Min lalui, saya sedar betapa mudahnya orang membuat andaian dan menjatuhkan hukuman tanpa memahami keseluruhan cerita."Setiap komen yang ditulis memberi kesan mendalam kepada kami yang sedang berusaha menghadapi kesedihan dan kesakitan ini," katanya dalam hantaran yang dimuat naik malam tadi.Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap sikap segelintir masyarakat yang lebih cenderung menyuarakan pendapat tanpa mengutamakan nilai empati.Katanya, walaupun pendapat boleh disebarkan dengan pantas menerusi media sosial, sifat belas kasihan dan keprihatinan terhadap perasaan orang lain sering diketepikan."Pengalaman ini mengajar saya bahawa kebaikan tidak memerlukan sebarang balasan. Belas kasihan amat bernilai dan sikap memahami seharusnya hadir sebelum seseorang membuat penilaian kerana di sebalik setiap kisah, ada hati yang sedang terluka," ujarnya.Dalam masa sama, wanita itu turut memohon maaf sekiranya adiknya pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak serta merakamkan penghargaan kepada semua individu yang terus mendoakan dan membantu usaha pencarian Jaslinda."Maaf sekiranya adik saya pernah melukakan hati sesiapa. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala jasa mereka yang tidak putus-putus mendoakan serta terus berusaha membantu dalam pencarian Jaslinda. Terima kasih," katanya.
Go to News Site