Sinar Harian
SHAH ALAM – Syarikat pembinaan, MGB Berhad (MGB) yang merupakan anak syarikat LBS Bina Group Berhad, menawarkan pulangan dividen hampir enam peratus yang disokong dasar pembayaran dividen sebanyak 30 peratus.Menurut syarikat itu, profil hasil yang stabil membantu menyediakan aliran pendapatan yang konsisten serta mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran, sekali gus meningkatkan keterlihatan pulangan kepada pelabur.Bagi tahun kewangan 2025, MGB mengisytiharkan dividen sebanyak 2.57 sen sesaham, bersamaan hasil pulangan sekitar enam peratus berdasarkan harga saham semasa 43 sen.Prestasi itu meletakkan MGB antara syarikat yang menawarkan hasil dividen lebih tinggi berbanding syarikat pembinaan kediaman bermodal pasaran yang setara, yang lazimnya mencatat pulangan antara dua hingga lima peratus.Selain faktor dividen, saham MGB kini didagangkan pada nisbah harga kepada pendapatan (PER) terkumpul sebanyak 4.8 kali dan nisbah harga kepada nilai buku sebanyak 0.4 kali.MGB turut menekankan kelebihan operasinya menerusi penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) konkrit pratuang yang menjadi teras aktiviti pembinaan syarikat.Kumpulan itu mengendalikan fasiliti IBS pratuang dengan kapasiti kira-kira 100,000 meter padu setahun di Malaysia dan 270,000 meter padu setahun di Arab Saudi.Melalui pengeluaran komponen pratuang secara dalaman, MGB dapat memendekkan tempoh pembinaan, meningkatkan kecekapan pelaksanaan projek serta mengawal kos dengan lebih berkesan.Dalam perkembangan terkini, MGB memperoleh projek kuarters pekerja berpusat bernilai RM200 juta di Pulau Pinang.Syarikat itu juga mengumumkan kejayaan memperoleh kontrak utama di Arab Saudi, sekali gus memperkukuh pengembangannya di rantau Timur Tengah.Menurut MGB, pasaran Arab Saudi yang didorong pembangunan infrastruktur dan bandar berskala besar menawarkan peluang pertumbuhan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan melaksanakan projek berskala besar.Selain segmen pembinaan, bahagian pembangunan hartanah kumpulan memberi tumpuan kepada projek rumah mampu milik berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 di lokasi strategik.Berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), rumah berharga di bawah RM500,000 menyumbang kira-kira 77 peratus daripada keseluruhan transaksi perumahan pada tahun 2025.MGB kini mempunyai buku pesanan pembinaan domestik berjumlah RM1.25 bilion serta tambahan RM480 juta di Arab Saudi.Bagi tahun ini, kumpulan itu menyasarkan pengisian semula buku pesanan sebanyak RM900 juta merangkumi projek di Malaysia dan Arab Saudi.Dalam masa sama, cabang hartanah syarikat mencatat jualan belum dibil sekitar RM402 juta dan merancang pelancaran projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion dalam tempoh dua tahun akan datang.Menurut syarikat itu, kombinasi hasil dividen, kecekapan operasi menerusi teknologi IBS serta pertumbuhan buku pesanan yang disokong projek domestik dan antarabangsa dijangka terus menyokong prestasi perniagaan MGB pada masa hadapan.
Go to News Site