Sinar Harian
SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan siasatan berhubung kes tular seorang lelaki memandu kereta sambil pasangan wanita yang tidak memakai tali pinggang keledar itu duduk menghadapnya.Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pemandu dan penumpang kereta berkenaan."Tindakan akan diambil terhadap mereka (pemandu dan penumpang)."Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Rakaman video dan gambar yang tular di aplikasi Threads itu memaparkan lelaki yang memandu kereta dalam keadaan wanita terbabit duduk menghadapnya tanpa memakai tali pinggang keledar.Wanita itu kelihatan duduk bersandar pada papan pemuka kereta itu sehingga mengundang kecaman netizen.
Go to News Site