Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Rabu bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan ugutan yang dibuat terhadapnya oleh ahli perniagaan, Albert Tei.Azam berkata, beliau tiba kira-kira jam 9 pagi dan memberikan kerjasama penuh kepada pegawai penyiasat."Proses merekod keterangan kira-kira dua jam dengan menjawab soalan yang dikemukakan oleh pegawai penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Menurut Azam, beliau menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Albert Tei.Beliau turut memaklumkan kepada polis bahawa dirinya tidak pernah bertemu ahli perniagaan itu atau membuat sebarang urusan dengannya."Saya juga tidak pernah menghantar peguam untuk bertemu dengan mana-mana pihak yang mewakili saya."Saya turut mengemukakan bukti kepada pegawai penyiasat bahawa saya tidak pernah bertemu atau berurusan secara langsung dengan Albert," ujarnya.Baru-baru ini polis memaklumkan akan memanggil Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Albert mengatakan dirinya diugut.Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, laporan dibuat Albert pada 13 Mei lalu.Menurut Kumar, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan arahan serta nasihat selanjutnya.
Go to News Site