Collector
Polis minta MHO salur maklumat dakwaan sindiket scammer Myanmar, Laos, Kemboja pindah ke Malaysia | Collector
Polis minta MHO salur maklumat dakwaan sindiket scammer Myanmar, Laos, Kemboja pindah ke Malaysia
Sinar Harian

Polis minta MHO salur maklumat dakwaan sindiket scammer Myanmar, Laos, Kemboja pindah ke Malaysia

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalukan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk menyalurkan maklumat berhubung dakwaan sindiket penipuan dalam talian yang sebelum ini beroperasi di Myanmar, Laos, dan Kemboja, dipercayai memindahkan pusat operasi mereka di negara ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dakwaan terbabit tidak dapat disahkan buat masa ini."Pihak polis mengalukan dan akan dapatkan maklumat lanjut daripada MHO untuk tindakan lanjut."JSJK memandang serius dakwaan berkenaan dan kita sentiasa berwaspada dengan modus operandi sindiket penipuan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Media sebelum itu melaporkan kenyataan Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim bahawa sindiket antarabangsa itu kini dikesan menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi terbaharu bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa susulan operasi besar-besaran dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).Dakwa Hishamuddin, MHO akan menyalurkan maklumat berhubung kewujudan pusat scammer itu kepada pihak berkuasa dalam masa terdekat.Katanya, sindiket dipercayai melakukan taktik berpindah dan beroperasi secara rahsia di lokasi strategik selama lebih daripada enam bulan.10 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan kejayaan JSJK yang mencatatkan peningkatan tangkapan dan pertuduhan bagi kes jenayah komersial dalam tempoh tiga bulan tahun ini setakat Mac berbanding tempoh sama tahun lepas.Dalam tempoh tiga bulan tahun lalu, tangkapan direkodkan seramai 7,084 orang, manakala tahun ini melibatkan 7,190 orang sekali gus peningkatan 1.5 peratus atau 106 orang.Bagi tempoh sama juga, jumlah pertuduhan meningkat kepada 5,140 kes berbanding tahun sebelumnya iaitu 4,525 kes.

Go to News Site