Collector
Wanita pegang nota 'Maaf ayah saya baru meninggal' undang sebak warganet | Collector
Wanita pegang nota 'Maaf ayah saya baru meninggal' undang sebak warganet
Sinar Harian

Wanita pegang nota 'Maaf ayah saya baru meninggal' undang sebak warganet

KOTA BHARU - Rata-rata warganet meluahkan rasa sebak selepas melihat tindakan seorang wanita menggantung sekeping nota tertera perkataan ‘Maaf ayah saya baru meninggal’ semasa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.Situasi berkenaan tular selepas dimuatnaik oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nor Azah Nazarudin sehingga mendapat lebih 1,900 reaksi, 69 respon dan 26 perkongsian.Difahamkan kejadian itu berlaku di negeri ini semasa kereta dinaiki wanita berkenaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas pada Isnin.Ia dipercayai bagi memohon laluan untuk melihat jenazah bapanya buat kali terakhir."Semoga ALLAH permudahkan urusan akak sekeluarga sampai ke tempat yang dituju, jalan jemm sangat. Salam takziah," tulis Nor Azah pada hantaran tersebut.Seorang pengguna Facebook, Farizul Haikal yang dipercayai ahli keluarga wanita berkenaan mengucapkan penghargaan kepada semua pengguna jalan raya yang membantu."Alhamdulillah. Semoga ayah saya tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih semua yang memberi jalan dan mendoakan kami," katanya.Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Aida Rani mendakwa mengenali keluarga berkenaan dan memaklumkan bapa wanita berkenaan meninggal dunia secara mengejut."Ini cucu saudara saya. Ayahnya meninggal secara mengejut," tulisnya.

Go to News Site