Collector
Operasi SAR Jaslinda: Fokus maklumat, petunjuk baharu | Collector
Operasi SAR Jaslinda: Fokus maklumat, petunjuk baharu
Sinar Harian

Operasi SAR Jaslinda: Fokus maklumat, petunjuk baharu

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini memberi tumpuan kepada pencarian berasaskan maklumat dan petunjuk baharu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan bomba yang kini mengetuai operasi akan mengumpul serta menilai setiap input terkini bagi memastikan gerakan lebih tersusun dan berfokus."Dalam skala operasi yang lebih kecil ini, kita akan bertindak berdasarkan maklumat baharu termasuk sebarang penemuan atau input daripada komuniti setempat, Orang Asli dan malim gunung yang masih aktif membantu pencarian," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Penyelarasan SAR yang dipengerusikan Pegawai Daerah Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Rabu.Mesyuarat berkenaan memutuskan operasi SAR diteruskan dalam skala kecil dengan penglibatan agensi serta anggota yang terhad.Mengulas lanjut, Sabarodzi berkata, susulan pengecilan operasi, semua pergerakan masuk ke kawasan hutan simpan kekal terbabit perlu mendapat kebenaran dan diselaraskan bersama Jabatan Perhutanan.Katanya, sukarelawan atau mana-mana individu yang ingin membantu perlu melaporkan diri di Pusat Kawalan Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Tapah sebelum memasuki kawasan pencarian."Sebelum ini, operasi dijalankan secara bersama melibatkan semua agensi, namun apabila skala dikecilkan, penyelarasan dengan Jabatan Perhutanan perlu dilakukan bagi menentukan kaedah kemasukan pasukan kecil ke lokasi pencarian," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan misteri kehilangan Jaslinda tiada unsur jenayahOperasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil'Lebih 8 jam perjalanan, redah curam, lintas sungai' - Orang Asli dedah laluan getir ke Gunung Batu Putih'Betapa mudahnya menghukum' - Luahan Kakak JaslindaOrang Asli Pahang bantu SAR laluan Gunung Rayu sejak empat hariJaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, beliau berkata, ketika ini seramai 10 anggota terdiri daripada lapan anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan dua malim gunung masih berada di kawasan pencarian bagi meneruskan operasi di sektor yang dikenal pasti berhampiran puncak Gunung Batu Putih.Katanya, penggunaan aset udara pula tidak lagi dilaksanakan secara tetap, sebaliknya bergantung kepada keperluan semasa."Penggunaan pesawat adalah berdasarkan permintaan. Sekiranya terdapat penemuan baharu yang memerlukan sokongan udara, kita akan menggerakkan aset tersebut," katanya.

Go to News Site