Collector
Kanak-kanak 8 tahun maut, motosikal dibonceng bersama ibu bapa kemalangan | Collector
Kanak-kanak 8 tahun maut, motosikal dibonceng bersama ibu bapa kemalangan
Sinar Harian

Kanak-kanak 8 tahun maut, motosikal dibonceng bersama ibu bapa kemalangan

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak maut selepas motosikal dinaiki bersama ibu bapanya terlibat kemalangan di Jalan Cheras di sini pada Rabu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian pada jam 8.18 pagi itu melibatkan motosikal dinaiki mangsa jenis SYM Husky SE, Yamaha Y15ZR dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V.Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang lelaki bersama isteri berusia 35 tahun dan anak perempuannya berusia lapan tahun dipercayai telah mencelah di antara lorong kiri dan kanan semasa keadaan trafik sesak sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang Honda CR-V yang berada di lorong kanan."Sebuah lagi motosikal Yamaha Y15ZR yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal tersebut sebelum terjatuh di atas jalan."Kemalangan itu menyebabkan pembonceng iaitu kanak-kanak perempuan terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian pinggang serta kedua-dua belah kaki,manakala isterinya mengalami kecederaan tangan kanan dan sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).Tambahnya, pemandu Honda CR-V tidak mengalami kecederaan dan penunggang Yamaha Y15ZR iaitu lelaki berumur 47 tahun mengalami luka pada bahagian lutut kiri."Orang ramai atau saksi kejadian yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Go to News Site