Sinar Harian
KOTA BHARU - Dewan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini yang merupakan milik Pas mengalami kebakaran pada malam Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, dewan berkeluasan 37.16 meter persegi berkenaan mengalami kemusnahan sekitar 10 peratus dan tidak melibatkan sebarang mangsa.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II, Fadhely Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.13 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.Menurut beliau, jentera tiba di lokasi kira-kira 18 minit kemudian dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah dewan di kompleks berkenaan."Sebaik tiba, anggota mendapati berlaku kebakaran pada sebuah dewan dan terus menjalankan operasi pemadaman."Api berjaya dikawal pada jam 10.39 malam dan kebakaran hanya memusnahkan kira-kira 10 peratus struktur dewan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ujar beliau, seramai 20 anggota daripada BBP Pengkalan Chepa terlibat dalam operasi itu bersama empat jentera dan sebuah lori tangki air.Sementara itu Penyelia PUTIK, Raja Roslan Raja Yaacob memberitahu, beliau mengetahui mengenai kebakaran terbabit selepas menerima panggilan telefon daripada pengawal keselamatan sekitar jam 9.30 malam."Ia hanya melibatkan kemusnahan kecil sahaja dan kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas," katanya.
Go to News Site