Collector
Taktik simpan ketum dalam hutan terbongkar, dua lelaki dicekup PGA | Collector
Taktik simpan ketum dalam hutan terbongkar, dua lelaki dicekup PGA
Sinar Harian

Taktik simpan ketum dalam hutan terbongkar, dua lelaki dicekup PGA

PASIR MAS - Taktik dua lelaki menyembunyikan ratusan bungkusan air ketum di dalam hutan berhampiran Jalan Pintasan Pasir Mas di sini terbongkar apabila mereka diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan pada Rabu.Dalam operasi kira-kira jam 6.05 petang itu, kedua-dua suspek berusia 26 dan 36 tahun cuba melarikan diri ke arah kawasan hutan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, namun berjaya ditahan.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan awal ke atas sebuah kereta Perodua Kelisa dan motosikal yang digunakan suspek menemukan sembilan bungkusan air ketum.Menurut beliau, hasil soal siasat serta dipandu arah oleh kedua-dua suspek membawa kepada penemuan stor simpanan air ketum yang disembunyikan di dalam kawasan hutan berhampiran lokasi serbuan."Anggota menemui satu tong ais dan tiga kotak polisterin yang mengandungi keseluruhan 312 bungkusan air ketum."Turut dirampas sebuah kereta Perodua Kelisa dan motosikal Honda yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut," katanya kepada pemberita pada Khamis.Ujar beliau, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM23,220.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mula terlibat dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum sejak Mac tahun lalu."Kita percaya pelanggan akan datang sendiri ke lokasi terbabit pada sebelah petang untuk mendapatkan bekalan air ketum dengan harga RM10 bagi setiap bungkusan."Bekalan daun ketum pula dipercayai diperoleh daripada seorang pembekal tempatan," katanya.Menurut beliau, kedua-dua suspek yang ditahan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Go to News Site