Collector
Agong zahir pandangan pembangunan KL perlu beri manfaat menyeluruh kepada rakyat | Collector
Agong zahir pandangan pembangunan KL perlu beri manfaat menyeluruh kepada rakyat
Sinar Harian

Agong zahir pandangan pembangunan KL perlu beri manfaat menyeluruh kepada rakyat

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan pandangan dan nasihat yang konstruktif berhubung hala tuju pembangunan Kuala Lumpur dengan menekankan kepentingan tadbir urus yang berkesan, penyampaian perkhidmatan yang cekap serta usaha berterusan untuk meningkatkan taraf hidup warga kota.Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyat serta pembangunan yang seimbang agar setiap perancangan dan pelaksanaan dasar memberikan manfaat menyeluruh kepada masyarakat.Perkara itu dizahirkan Yang di-Pertuan Agong ketika berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh di Istana Negara pada Khamis."Sultan Ibrahim turut berkenan dipersembahkan taklimat mengenai Reformasi Kuala Lumpur oleh YB (Yang Berhormat) Hannah Yeoh yang merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan dan perancangan bandar," menurut hantaran itu.Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud. - Bernama

Go to News Site