Sinar Harian
SEREMBAN - Penari bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan seks oral terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun.Tertuduh, Muhammad Nazri Lanibi, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa yang berusia 16 tahun semasa kejadian.Kesalahan berkenaan dilakukan sekitar jam 12.30 tengah malam di China National Convention Center Grand Hotel, Beijing, China pada Jun 2025.Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.Jika disabitkan, boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.Selain itu, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap mangsa sama di lokasi sama kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 20 dan 21 Jun 2025.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 yang boleh dihukum dibawah akta yang sama.Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan dihukum sebat jika didapati bersalah.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zul Azrin Zainuddin menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan.Peguam Mohd Hanif Hassan daripada Tetuan Hasanuddin & Hanif yang mewakili tertuduh merayu wang jaminan yang paling minimum dengan alasan tertuduh perlu menanggung kakak yang mengalami kanser dan anak saudara yang diagnosis OKU mental.Mahkamah menetapkan jaminan RM14,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan sebutan semula pada 6 Julai.
Go to News Site