Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang bekas pekerja sebuah syarikat telekomunikasi di Taman Tun Dr Ismail, di sini, diberkas kerana disyaki mencuri pelbagai peranti elektronik dan wang tunai milik majikannya membabitkan kerugian dianggarkan RM83,000.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki berumur 22 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat wakil syarikat, pada Rabu."Kejadian disedari selepas pihak syarikat menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis dan mendapati sejumlah stok telefon bimbit serta Apple Watch dilaporkan hilang."Pengadu turut dimaklumkan oleh seorang kakitangan bahawa stok telefon bimbit dan Apple Watch didapati banyak hilang serta mengesyaki bekas pekerja terbabit mencurinya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Chang Hook berkata, siasatan mendapati suspek adalah bekas pekerja syarikat berkenaan dan telah berhenti kerja pada 29 Mei lalu."Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah 12 unit telefon bimbit pelbagai jenama, tiga unit Apple Watch serta wang tunai kira-kira RM550," katanya.Hoo berkata, pihaknya turut merampas beberapa telefon bimbit, Apple Watch dan sebuah beg dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan."Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes yang disiasat," katanya.Beliau berkata, suspek juga mengaku barangan yang dirampas adalah milik syarikat dan memaklumkan sebuah lagi telefon bimbit berada di sebuah kedai di Sungai Buloh untuk dibaiki."Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan," katanya.
Go to News Site