Collector
Kilang perkakasan krom musnah terbakar | Collector
Kilang perkakasan krom musnah terbakar
Sinar Harian

Kilang perkakasan krom musnah terbakar

SHAH ALAM – Sebuah kilang perusahaan kecil dan sederhana (IKS) yang menjalankan aktiviti pembuatan perkakasan krom di Kota Kemuning di sini terbakar pada Jumaat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.21 pagi."Seramai 16 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam serta bantuan BBP Klang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 10 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba di lokasi pada jam 6.33 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat perkakasan krom."Anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah sekitar 90 peratus, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.05 pagi dan kerja-kerja pemadaman smasih dijalankan. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," ujarnya.

Go to News Site