Collector
Pas sasar tambah kerusi di Negeri Sembilan, manfaatkan kawasan majoriti 'tipis' | Collector
Pas sasar tambah kerusi di Negeri Sembilan, manfaatkan kawasan majoriti 'tipis'
Sinar Harian

Pas sasar tambah kerusi di Negeri Sembilan, manfaatkan kawasan majoriti 'tipis'

​MARANG – Pas yakin mampu menambah penguasaan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan rekod kemenangan lalu serta analisis terhadap kawasan-kawasan yang mencatatkan majoriti tipis.​Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sememangnya sudah bersiap sedia untuk bertanding dan meletakkan sasaran bagi melebarkan pengaruhnya di negeri tersebut.​"Insya-ALLAH kita tunggu dan lihat dan kita akan bertanding di Negeri Sembilan. Kita dah menang tiga kerusi dan akan tambah lagi kerana di sana terdapat banyak kerusi yang menjadi tipis, (majoriti) lebih kurang pada seribu (undi)," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Khamis mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Jumaat dan pembubaran DUN itu dibuat mengikut lunas peraturan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan.PRN ke-15 pada 2023 menyaksikan gabungan politik PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan apabila menguasai 31 kerusi DUN.PH memenangi 17 kerusi diikuti BN dengan 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula lima kerusi.​Sementara itu, menyentuh mengenai isu tindakan disiplin atau status pimpinan melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Abdul Hadi berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada jawatankuasa pusat untuk tindakan lanjut.​Menurutnya, pihak kepimpinan di peringkat negeri telah pun mengemukakan laporan dan cadangan tindakan berhubung isu berkenaan untuk dinilai di peringkat tertinggi parti.​"Badan Perhubungan Negeri dan ulama dah membuat keputusan. Terpulang kepada Pas Pusat bila nak umum apa tindakan yang patut diambil. Perkara ini akan dibincangkan bersama semua hari Isnin ini," katanya lagi.

Go to News Site