Collector
PRN Johor: SPR 80 peratus sedia, mesyuarat khas pertengahan Jun | Collector
PRN Johor: SPR 80 peratus sedia, mesyuarat khas pertengahan Jun
Sinar Harian

PRN Johor: SPR 80 peratus sedia, mesyuarat khas pertengahan Jun

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mencapai tahap kesediaan sehingga 80 peratus bagi menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, SPR telah menerima notis pemakluman rasmi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor daripada Speaker DUN pada dua hari sebelum ini.Beliau menjelaskan bahawa persiapan awal telah digerakkan lebih awal menerusi penganjuran taklimat, kursus, mengenal pasti Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO), serta urusan perolehan peralatan pilihan raya kerana pihaknya sudah menjangka pembubaran tersebut akan berlaku."Bolehlah saya kata kita 70 ke 80 peratus kita dah ready. Kita mempunyai tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran dan insya-ALLAH, kita yakin dapat melaksanakan pilihan raya ini dengan sebaik mungkin tanpa sebarang masalah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Percetakan dan Pembuatan Ultimate Print Sdn Bhd, Azizi Fickry; Pengarah Eksekutif (Korporat, Kewangan & Pengurusan Risiko) Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi serta Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli di ibu pejabat SPR di sini pada Jumaat.Mengulas mengenai penetapan tarikh-tarikh penting pilihan raya, Ramlan memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Jun ini.Bagaimanapun katanya, tarikh rasmi bagi mesyuarat tersebut belum dimuktamadkan memandangkan SPR perlu memperincikan beberapa butiran penting terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pengumuman."Tarikhnya belum kita tentukan sebab ada beberapa perincian yang kita perlu dapatkan, contohnya daftar pemilih dan sebagainya. Insya-ALLAH dalam masa terdekat kita akan umumkan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh-tarikh (penamaan calon, pengundian awal, dan hari pengundian) berkenaan," jelas beliau.Ditanya mengenai jangkaan peningkatan jumlah pengundi berbanding pilihan raya sebelum ini, Ramlan menegaskan bahawa SPR tidak berdepan masalah untuk menguruskan situasi berkenaan.Menurut beliau, suruhanjaya itu sudah mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap dan teratur bagi mengendalikan sebarang proses pilihan raya di negara ini."Kita sebenarnya memang dah ada SOP untuk melaksanakan semua Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Umum (PRU) atau sebagainya. Insya-ALLAH, benda itu tak ada masalah untuk kita laksanakan," ujarnya lagi.Dalam pada itu, SPR turut merangka strategi seruan proaktif bagi memastikan peratusan keluar mengundi mencapai tahap maksimum, dengan memberikan fokus utama kepada pengundi muda yang sebelum ini dilihat kurang berminat untuk mengambil bahagian.Bagi merealisasikan hasrat itu, Ramlan berkata, SPR akan memanfaatkan pelbagai platform media untuk menyebarkan kepentingan tanggungjawab sivik ini kepada masyarakat."Kita harap melalui program-program yang kita akan buat, kita akan keluar di TV, di media sosial dan sebagainya untuk meuar-uarkan pilihan raya ini serta kepentingan setiap lapisan masyarakat untuk terlibat sama. Insya-ALLAH, kita yakin kali ini moga jumlah pengundi akan tinggi," tambahnya.

Go to News Site