Collector
Wanita lapor polis dakwa dirakam dalam tandas restoran makanan segera | Collector
Wanita lapor polis dakwa dirakam dalam tandas restoran makanan segera
Sinar Harian

Wanita lapor polis dakwa dirakam dalam tandas restoran makanan segera

PETALING JAYA – Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang mendakwa dirinya dirakam oleh seorang individu ketika berada di dalam tandas sebuah restoran makanan segera di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang berusia lingkungan 20-an pada malam Khamis."Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti serta mengesan suspek yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, seorang lelaki mendakwa adik perempuannya dirakam ketika berada dalam tandas sebuah restoran makanan segera dan hantaran yang dimuat naik di media sosial menjadi tular.Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Go to News Site