Sinar Harian
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan mengedar 748.59 gram dadah jenis kanabis, tahun lalu.Mohd Faris Ali, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di Jalan 3/149J Bandar Baru Seri Petaling, di sini jam 5 petang pada 23 Januari 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau dipenjara seumur hidup.Jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Shahrizzat Amadan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 20 Julai untuk sebutan kes bagi lantikan peguam.
Go to News Site