Sinar Harian
BEKAS penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak menjadi perhatian selepas hantaran di Instagram Story miliknya tular di media sosial.Seperti dilaporkan Stadium Astro, hantaran berkenaan dipercayai mengandungi luahan peribadi berkaitan sikap dan profesionalisme yang ditujukan kepada seorang pemain bola sepak tanah air, namun tidak dinyatakan secara jelas identiti individu yang dimaksudkan.Menerusi hantaran yang sama, Zaquan turut dilihat menyentuh mengenai isu populariti, kadar bayaran serta nilai hormat dalam kalangan pemain, sekali gus mengundang pelbagai andaian di media sosial.Perkongsian itu turut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, namun setakat ini Zaquan belum mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut berhubung hantaran tersebut.Tiada pihak lain tampil memberikan kenyataan atau pengesahan berkaitan spekulasi yang timbul daripada perkongsian berkenaan.
Go to News Site