Sinar Harian
AMPANG - Polis giat mengesan seorang individu berjubah selepas perbuatannya tular mencuri pakaian yang dijemur di Taman Cheras Indah di sini.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, satu laporan diterima pihaknya pada Jumaat daripada seorang wanita selepas mendapati pakaian yang dijemur di luar rumah telah hilang.Menurutnya, pengadu telah membuat semakan rakaman kamera tertutup (CCTV) dan mendapati seorang individu memakai jubah gelap telah memanjat pagar dan masuk ke halaman rumah."Pemeriksaan dapati hanya pakaian jemuran sahaja yang hilang."Kes masih dalam siasatan dan suspek terlibat masih dikesan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Go to News Site