Sinar Harian
TAPAH – Pendaki yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mendedahkan dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran termasuk terjatuh berkali-kali sepanjang tempoh 15 hari berada di dalam hutan.Perkara itu dikongsikan wanita berusia 49 tahun tersebut menerusi satu klip video yang tular di media sosial selepas dia ditemukan selamat hari ini."Saya jatuh berkali-kali, saya bergelut pada waktu malam," katanya ringkas dalam rakaman berkenaan.Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tapah Media itu memaparkan Jaslinda sedang menjamu selera sambil berbual dengan beberapa individu di sebuah rumah kampung yang dipercayai terletak di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.Difahamkan, Kampung Lubuk Gaharu berada di sepanjang Jalan Tapah-Cameron Highlands.Rakaman tersebut turut disertakan dengan keterangan berbunyi: "Alhamdulillah, pencarian Jaslinda Saludin akhirnya berakhir. Terima kasih atas semua doa anda."Terdahulu, Jaslinda ditemukan oleh penduduk kampung di penempatan Orang Asli Kampung Lubuk Gaharu kira-kira pukul 3 petang tadi.Sebelum ini, beliau merupakan antara 14 pendaki dan dua malim gunung yang menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman bermula pukul 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedong–Gunung Bah Gading–Gunung Batu Putih–Kuala Woh.Jaslinda dan seorang lagi peserta, Mohd Hanafi Neikmad, 41, dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan menghentikan pendakian.Bagaimanapun, eksekutif rantaian bekalan sektor swasta itu dikatakan meneruskan perjalanan ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat pada 24 Mei lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung RayuSementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang."Selepas menjumpai mangsa, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan hari ini.Sayani berkata, mangsa kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu."Setakat ini, orang hilang (OH) berada di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu sementara tindakan lanjut sedang diuruskan pihak berkaitan," katanya.Jaslinda dilaporkan menyertai pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 individu lain dan dua malim gunung bermula jam 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.Mangsa bersama seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, kemudian mengalami masalah kesihatan dan berhenti daripada kumpulan tersebut.Bagaimanapun, Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan seorang diri ke puncak gunung sebelum kali terakhir dilihat oleh malim gunung pada jam 7.30 pagi pada 24 Mei.
Go to News Site