Sinar Harian
BATU PAHAT - Pembahagian kerusi antara parti kompenan Pakatan Harapan (PH) untuk pilihan raya negeri (PRN) sudah pun selesai dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, tumpuan kini sepatutnya diberikan kepada gerak kerja jentera PRN di seluruh negeri bagi memastikan kemenangan kepada PH."Rundingan pembahagian kerusi antara parti-parti dalam PH telah selesai hati ini. Jentera patut memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan pilihan raya dan penyampaian mesej kepada rakyat."Selepas pelancaran jentera tersebut, pimpinan dan calon-calon PH akan turun menjelajah seluruh Johor bagi mendekati pengundi serta menjelaskan tawaran gabungan itu menjelang pilihan raya negeri," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jentera PH bagi PRN Johor di sini, pada malam Sabtu.Menteri Dalam Negeri itu juga memaklumkan 12 Jun depan, PH akan bergerak ke Negeri Sembilan bagi pelancaran jentera di sana.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Pakatan Harapan (PH) memenangi 12 kerusi dari keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).DAP memenangi sepuluh kerusi iaitu Jementah, Tangkak, Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, dan Senai.Seterusnya, PKR berjaya memenangi satu kerusi di DUN Bukit Batu.Manakala, Parti Amanah Negara (Aamanag ) juga memperoleh satu kerusi melalui kemenangan di DUN Simpang Jeram.
Go to News Site