Collector
Pemuda Pas Kampar lulus usul tanding DUN Tualang Sekah | Collector
Pemuda Pas Kampar lulus usul tanding DUN Tualang Sekah
Sinar Harian

Pemuda Pas Kampar lulus usul tanding DUN Tualang Sekah

KAMPAR - Pemuda Pas Kawasan Kampar mencadangkan agar Pas diberi untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Naib Ketua Pemudanya, Abdul Hadi Azman berkata, cadangan itu susulan usul yang diluluskan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Pas Kawasan Kampar Kali Ke-28 pada Sabtu.Menurutnya, usul tersebut akan dikemukakan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan menjelang PRU16."Fokus usul adalah agar kerusi DUN Tualang Sekah diberikan laluan kepada Pas dengan menampilkan calon yang berwibawa dan berkaliber untuk bertanding pada PRU16."Usul ini diluluskan dalam mesyuarat tahunan pemuda kali ini sekaligus menunjukkan kesungguhan di kalangan pemuda untuk Pas bertanding dan dibawa ke peringkat lebih tinggi parti untuk dipertimbangkan dengan sebaiknya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Pas Kawasan Kampar dirasmikan oleh Pengarah Pilihanraya Pemuda Pas Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hakimi Hamzi Mohd Hayat.Abdul Hadi berkata, usul tersebut satu isyarat bahawa Pemuda Pas Kampar sudah bersedia untuk menggempur serta menggerakkan jentera dan mengangkat calon untuk bertanding di DUN Tualang Sekah pada pilihan raya akan datang.Pada PRU15, DUN Tualang Sekah dimenangi Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 253 undi dalam pertembungan tiga penjuru dengan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).Calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Azlan Helmi yang memperoleh 8,025 undi itu berjaya menewaskan Pazli Abdullah Sani dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Datuk Abd Rahman Md Som dari UMNO.

Go to News Site