Collector
Harapan Hakim Danish lebur awal di GP Hungary | Collector
Harapan Hakim Danish lebur awal di GP Hungary
Sinar Harian

Harapan Hakim Danish lebur awal di GP Hungary

MOMENTUM podium sulung di Mugello, Itali minggu lalu tidak sempat diteruskan pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli apabila tersingkir awal di Grand Prix (GP) Hungary selepas terlibat dalam insiden pelanggaran seawal pusingan pertama di Litar Balaton Park pada Ahad.Memulakan perlumbaan dari petak ke-19, Hakim Danish cuba memperbaiki kedudukan sebaik aksi bermula dengan menyusup ke kelompok tengah.Bagaimanapun, percubaannya itu berakhir lebih awal apabila suasana perlumbaan yang rapat di selekoh awal mencetuskan insiden pelanggaran.Dalam kejadian itu, Hakim Danish terjatuh selepas terkena sentuhan pelumba Afrika Selatan, Ruche Moodley ketika perebutan posisi, sekali gus merosakkan jenteranya dan memaksanya menamatkan perlumbaan lebih awal seawal pusingan pertama.Perlumbaan tersebut turut berlangsung dalam keadaan dramatik apabila pelumba Sepanyol, Maximo Quiles terus mempamerkan dominasi musim ini dengan meraih kemenangan kelima selepas memintas pendahulu, David Almansa pada pusingan ketujuh sebelum melintasi garisan penamat dengan kelebihan 3.147 saat (s).Quiles yang juga pendahulu kejuaraan tidak lagi digugat selepas melakukan asakan berjaya di pertengahan perlumbaan, manakala Almansa yang bermula dari petak utama sekadar berpuas hati di tempat kedua +3.147s.Aksi di Balaton Park turut dicemari insiden di pusingan terakhir apabila kemalangan membabitkan beberapa pelumba yang sedang bersaing untuk kedudukan podium termasuk Valentin Perrone, Brian Uriarte dan David Muñoz, sekali gus memaksa bendera merah dikibarkan.Keputusan perlumbaan kemudian ditentukan berdasarkan kedudukan pada pusingan ke-19.Dalam kiraan semula itu, Alvaro Carpe diberikan tempat ketiga, manakala beberapa pelumba lain termasuk Rico Salmela turut mencatat keputusan dalam kelompok hadapan perlumbaan penuh kekecohan itu.Manakala pelumba mewakili Honda Team Asia dari Indonesia, Veda Pratama terlepas kutipan satu mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.Bagi Hakim Danish, walaupun kempen di Hungary berakhir lebih awal, prestasi keseluruhan yang dipamerkan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu musim ini tetap memberi petanda positif terhadap potensinya untuk terus mencabar kelompok hadapan Moto3.Beliau dijangka kembali menyambung persiapan bagi pusingan seterusnya di Litar Masaryk, Czechia pada 21 Jun ini dengan misi untuk bangkit semula dan kembali mengutip mata kejuaraan musim ini.Setakat ini, Hakim Danish menghuni tangga ke-10 carta Moto3 selepas mengutip 48 mata keseluruhan.

Sayfa yükleniyor…