Collector
[VIDEO] Enam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadi | Collector
[VIDEO] Enam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai  pagi tadi
Sinar Harian

[VIDEO] Enam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadi

SUNGAI PETANI - Kegembiraan tujuh sekeluarga menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang baharu diterima beberapa jam lalu bertukar tragedi setelah enam daripadanya terkorban dalam tragedi ngeri di Jalan Pinang Tunggal di sini pada Ahad.Ibrahim Ghazali, 39, berkata, kejadian turut mengorbankan anak keduanya, Iskandar Arfan, 7, yang turut mengikuti bapa saudara dan ahli keluarga lain dipercayai sedang dalam perjalanan ke Merbok bagi menziarahi kubur bapa mentuanya.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahMenurutnya, kenderaan terbabit milik adik iparnya, Ahmad Fahim Ahmad Sukri, 21, yang baharu sahaja mengambil kenderaan tersebut kira-kira jam 11 pagi sebelum kejadian."Kami kat rumah, terima call beritahu semua dah takdak, sebab tu kami sampai terus...pagi tadi lepas ambil kereta, mereka singgah di rumah sebab anak saya teringin sangat nak naik kereta baru ni."Sama macam kakak dia, anak saya yang sulung ni tetapi bila depa sampai, kakak tak mahu ikut, anak lelaki sorang ja nak ikut, dia makan nasi baru separuh, dia basuh tangan, terus naik," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Menurut Ibrahim, sebelum kejadian, kesemua mereka cukup gembira dan berkongsi kegembiraan itu menerusi gambar yang diambil."Happy... ambil gambar bubuh dalam group, depa seronok... termasuk anak saya, dia teringin sangat nak naik."Adik ipar yang bongsu baru habis belajar dan kerja di Mydin Bertam jadi, kira kereta pertama hasil dia sendiri, masing-masing seronok...tak dan sampai sehari kereta ni," katanya sebak.Dalam kemalangan sekitar pukul 3.45 petang itu, kenderaan terbabit dipercayai dipandu Ahmad Shafiq Ahmad Sukri, 27, sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan tanah.Berdasarkan rakaman kamera papan pemuka yang tular, Proton X50 ketika melalui jalan lurus di tempat kejadian dilihat memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung lori terbabit.Selain Ahmad Shafiq, Ahmad Fahim dan Iskandar Arfan, 7, turut terkorban ialah Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; dan bayi berusia kira-kira enam bulan.Seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, dilaporkan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk menerima rawatan lanjut.Kesemua mangsa meninggal dunia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.

Go to News Site