Collector
'Selamat kembali Noh Omar, Syed Hamid Albar' - Onn Hafiz | Collector
'Selamat kembali Noh Omar, Syed Hamid Albar' - Onn Hafiz
Sinar Harian

'Selamat kembali Noh Omar, Syed Hamid Albar' - Onn Hafiz

ISKANDAR PUTERI – UMNO menerima suntikan moral menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila dua tokoh veteran parti, Tan Sri Noh Omar dan Tan Sri Syed Hamid Albar hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Johor di Johor Bahru pada Ahad.Kehadiran kedua-dua figura berpengaruh itu mencuri perhatian penyokong dan pemimpin parti, sekali gus dilihat memberi isyarat positif terhadap usaha memperkukuh serta menyatukan kekuatan UMNO menjelang PRN Johor.Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut mengalu-alukan kehadiran ramai pemimpin lama termasuklah Noh dan Syed Hamid ketika berucap pada majlis yang berlangsung di Johor Bahru."Ada pemimpin yang sangat ternama dari Selangor hadir hari ini bersama kita, iaitu Tan Sri Noh Omar. Berikan tepukan gemuruh."Seorang lagi pemimpin veteran. Selamat kembali Tan Sri Syed Hamid. Selamat kembali ke bumi Johor Darul Ta'zim. Tidak lupa juga kepada Ayah Chik saya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya.Noh dilihat memakai baju berlogo UMNO sambil melambai tangan kepada penyokong, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa beliau antara bekas pemimpin yang kembali bersama parti itu.Kehadiran kedua-dua pemimpin berpengalaman yang merupakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan disambut meriah oleh penyokong dan pimpinan parti yang hadir.Noh sebelum ini digugurkan keahlian daripada UMNO pada Januari 2023 sebelum kemudiannya menyertai Bersatu, manakala Syed Hamid pula mengumumkan keluar dari parti itu pada 2018.

Go to News Site