Collector
Jaslinda dengar bunyi wisel, orang panggil tapi tiada sesiapa - Tok Batin | Collector
Jaslinda dengar bunyi wisel, orang panggil tapi tiada sesiapa - Tok Batin
Sinar Harian

Jaslinda dengar bunyi wisel, orang panggil tapi tiada sesiapa - Tok Batin

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin memaklumkan dia sering terdengar suara memanggil dan bunyi wisel sepanjang 15 hari tersesat di hutan, namun tiada sesiapa di sekelilingnya.Perkara itu dikongsikan kepada Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah, 63, sebaik sahaja wanita berkenaan ditemui berhampiran kampung tersebut pada Sabtu.Menurutnya, Jaslinda memaklumkan dia seolah-olah merasakan kehadiran orang lain di dalam hutan, selain mendengar bunyi yang disangkakan datang daripada manusia."Dia kata macam ada orang panggil dia, bunyi wisel, tetapi bila tengok sekeliling, tak ada sesiapa."Dia juga rasa macam ramai orang berada di sekelilingnya, walaupun sebenarnya tiada," katanya ketika ditemui pada Ahad.Mohd Asmadi berkata, pengalaman yang diceritakan itu amat menyentuh perasaannya kerana menggambarkan tekanan yang dialami mangsa sepanjang tempoh kehilangan."Kita yang dengar rasa sedih dan kasihan. Tak dapat bayangkan keadaannya seorang diri dalam hutan," katanya.Beliau memaklumkan, Jaslinda mungkin menyusuri laluan Sungai Air Tawar iaitu kira-kira 10 kilometer dari Kampung Lubuk Gaharu sebelum sampai ke kawasan kampung berkenaan.Katanya, bagi penduduk setempat, laluan tersebut memang sering dilalui bagi mencari hasil hutan termasuklah durian."Kalau dari sini nak ke Gunung Batu Putih dah tak jauh dah. Boleh sampai dalam tempoh 3 jam."Kalau orang kampung, naik jam 8 pagi boleh sampai dalam jam 11. Bagi orang luar, keadaan tentulah berbeza, tambahan pula dalam keadaan lemah, perjalanan jadi perlahan," katanya.Mohd Asmadi turut memaklumkan, sebelum penemuan mangsa, penduduk kampung tidak menemui sebarang petunjuk seperti kesan tapak kaki atau bunyi meminta tolong di kawasan berkenaan."Jarang pendaki guna laluan ini. Biasanya hanya penduduk kampung yang guna untuk cari hasil hutan," katanya.Terdahulu, media melaporkan Jaslinda menemui nota yang ditinggalkan anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan pencarian.Nota tertulis 'Kak Jas please stay satu tempat, orang ramai mencari akak' diserahkan kepada anggota bomba ketika mangsa dibawa ke Hospital Tapah.Pada Sabtu, Jaslinda ditemui dalam keadaan selamat selepas dilihat berjalan seorang diri di atas jambatan di Kampung Lubuk Gaharu dekat Pos Musoh, Tapah.Kehadiran itu disedari penduduk orang asli, Nazri Bah Eng, 55, dan Bah Roslan Bah Sulpok, 51, yang sedang memancing sekitar jam 5.10 petang.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jaslinda ditemui lemah, dia menangis minta tolong'Jaslinda sudah ditemui - PolisJaslinda ditemui oleh Orang Asli, berada di rumah Tok Batin - Bomba'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda'Saya tak makan dua minggu, hanya minum air hitam, coklat' - Jaslinda'Saya jatuh berkali-kali, bergelut pada waktu malam' - JaslindaSaya tahu orang rumah saya kuat - Suami JaslindaOperasi SAR Jaslinda penuh cabaran namun berakhir gembira'Ada macam gua, saya rasa macam disuruh masuk' — Jaslinda

Go to News Site