Collector
Bekas tentera hilang sejak Mei ditemui selamat | Collector
Bekas tentera hilang sejak Mei ditemui selamat
Sinar Harian

Bekas tentera hilang sejak Mei ditemui selamat

KUALA LUMPUR - Seorang bekas tentera yang dipercayai hilang sejak 18 Mei lalu ditemukan semula dalam keadaan selamat di Alam Damai, Cheras di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, warga emas berusia 76 tahun itu dijumpai oleh anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Setapak kira-kira jam 9.40 malam.Menurutnya, lelaki berkenaan, Ismail Rasep, sebelum ini dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman keluarganya tanpa pengetahuan waris."Individu terbabit telah dijumpai semula oleh anggota CPJ Balai Polis Setapak di kawasan Alam Damai, Cheras."Ketika ditemui, lelaki berkenaan berada dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, warga emas itu kemudiannya diserahkan semula kepada warisnya di Balai Polis Setapak.Katanya, kes berkenaan kini dianggap selesai selepas individu terbabit berjaya dikesan dan dipertemukan semula dengan ahli keluarganya."Siasatan awal sebelum ini mendapati warga emas berkenaan keluar dari rumah dengan berjalan kaki tanpa disedari ahli keluarga," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bekas anggota tentera itu hilang sejak 18 Mei lalu selepas keluar dari rumah anaknya di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak.Menurut anak bongsunya, Nuri Ismail, 41, bapanya keluar dari rumah sekitar jam 2 petang selepas selesai makan tengah hari bersama ahli keluarga.Katanya, ketika itu Ismail memaklumkan mahu membasuh tangan, namun disedari sudah tiada di dalam rumah tidak lama selepas itu.Menurutnya, mereka sekeluarga kemudian membuat laporan polis berkaitan kehilangan ayahnya itu.

Go to News Site