Sinar Harian
ALOR SETAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung nahas yang meragut enam nyawa sekeluarga di Jalan Pinang Tunggal, dekat Sungai Petani pada Ahad.Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya meminta semua pihak memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.50 petang itu.Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 yang dinaiki tujuh sekeluarga dan sebuah lori muatan tanah."SUV yang dinaiki mangsa, termasuk seorang anggota polis, sedang dalam perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Merbok untuk menziarahi kubur ahli keluarga, manakala lori itu dipandu seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun yang dalam perjalanan ke Tikam Batu."Kemalangan itu mengorbankan enam ahli keluarga terbabit, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian muka," katanya pada Sabtu Ahad.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menziarahi keluarga mangsa kemalangan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini.ARTIKEL BERKAITANEnam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahAdzli berkata, insiden yang tular dengan pantas di media sosial telah mencetuskan pelbagai dakwaan tidak berasas sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.Beliau berkata, terdapat individu yang menyebarkan maklumat tidak tepat termasuk mendakwa pemandu lori terbabit berada dalam keadaan mabuk serta mengaitkan isu perkauman."Ada yang menghantar mesej kepada saya mendakwa pemandu lori mabuk dan menyebut mengenai bangsa pemandu. Saya ingin tegaskan bahawa mangsa dan pemandu lori masing-masing berbangsa Melayu. Tindakan menyebarkan maklumat tidak benar seperti ini adalah sangat tidak bertanggungjawab," katanya.Menurut beliau, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipandu pada kelajuan kira-kira 60 kilometer sejam ketika kejadian.Katanya, pihak polis turut mengambil maklum pelbagai andaian lain yang tular termasuk dakwaan SUV berkenaan mengalami masalah teknikal."Semua aspek akan disiasat. Kenderaan itu juga akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut bagi membantu siasatan," ujarnya.Beliau memaklumkan, hasil saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah.Bagaimanapun, katanya, pemandu berkenaan itu mempunyai tujuh rekod saman trafik telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan."Walaupun dia mempunyai lesen memandu yang sah dan dipandu dalam had kelajuan yang direkodkan, tindakan reman tetap dilakukan bagi melengkapkan siasatan kes," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Dalam kejadian itu, enam mangsa yang maut ialah Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29; Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21; Jamaliah Sannusi, 29; Nora Mohd Husin, 55; Iskandar Affan Ibrahim, 7, dan bayi berusia dua bulan, Ahmad Mikail Ahmad Syafiq.Seorang lagi mangsa, Aulia Sofea Ahmad Syafiq, 3, dilaporkan mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan.
Go to News Site