Collector
Anggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, lori | Collector
Anggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, lori
Sinar Harian

Anggota polis antara enam sekeluarga maut kemalangan SUV, lori

ALOR SETAR – Seorang anggota polis antara enam sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan lori muatan tanah di Jalan Pinang Tunggal, dekat Sungai Petani, pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, tujuh ahli keluarga yang menaiki SUV berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Merbok untuk menziarahi kubur ahli keluarga sebelum kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang sedang menghala ke Tikam Batu.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiKetua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kemalangan tersebut mengorbankan enam mangsa, manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian muka.Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai anggota polis, Ahmad Shafiq Ahmad Sukri, 27, yang dipercayai memandu SUV berkenaan; Ahmad Fahim Ahmad Sukri, 21; Nora Mhd Husin, 55; Jamaliah Sannusi, 27; Iskandar Arfan, 7; serta seorang bayi lelaki berusia kira-kira enam bulan.Seorang lagi mangsa yang terselamat, Aulia Sofea Ahmad Shafiq, 3, kini menerima rawatan di hospital akibat kecederaan parah.Adzli berkata, pihak polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang tular di media sosial itu dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan."Kemalangan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak bertanggungjawab. Ada individu menghantar mesej WhatsApp secara peribadi kepada saya dengan maklumat yang tidak benar."Ada yang mendakwa pemandu lori mabuk serta mengaitkan isu kaum. Untuk makluman, mangsa dan pemandu lori masing-masing berbangsa Melayu. Dakwaan seperti itu sangat tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pada Ahad malam.Menurut beliau, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 49 tahun itu bergerak pada kelajuan kira-kira 60 kilometer sejam (km/j) ketika kejadian.Katanya, terdapat juga dakwaan yang mengaitkan kemalangan itu dengan kemungkinan masalah teknikal pada SUV Proton X50 yang baru diterima keluarga terbabit, namun semua aspek masih dalam siasatan."Kita akan menyiasat secara menyeluruh termasuk menghantar SUV tersebut ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.Beliau berkata, hasil saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati lelaki itu negatif dadah, namun mempunyai tujuh rekod saman trafik."Walaupun dia mempunyai lesen memandu yang sah dan memandu dalam had kelajuan sekitar 60 km/j, pemandu lori itu telah ditahan dan akan direman bagi membantu siasatan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Enam sekeluarga termasuk bayi maut SUV bertembung lori tanahEnam sekeluarga terkorban: Proton X50 baru keluar kedai pagi tadiMangsa yang maut ialah:1. Ahmad Syafiq Ahmad Shukri, 29.2. Ahmad Fahim Ahmad Shukri, 21.3. Jamaliah Sannusi, 29.4. Nora Mohd Husin, 55.5. Iskandar Affan bin Ibrahim, 7.6. Ahmad Mikail Ahmad Syafiq, 2 bulan.Mangsa cedera:1. Aulia Sofea Ahmad Syafiq, 3.Difahamkan kesemua mangsa dalam perjalanan ke Merbok dari Kepala Batas, Pulau Pinang. - Bernama

Go to News Site