Ribut petir, hujan lebat sehingga 8 malam

Ribut petir, hujan lebat sehingga 8 malam

PETALING JAYA: Lapan negeri serta tiga Wilayah Persekutuan dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 8 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran tersebut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Turut terlibat Negeri Sembilan selain beberapa kawasan di Sarawak serta Sabah termasuk Labuan ... Read more The post Ribut petir, hujan lebat sehingga 8 malam appeared first on Utusan Malaysia .

CAB Malaysia kekal catat lebihan RM2b pada suku keempat 2025

CAB Malaysia kekal catat lebihan RM2b pada suku keempat 2025

PETALING JAYA: Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia kekal mencatatkan lebihan sebanyak RM2 bilion pada suku keempat tahun 2025, menjadikan lebihan bagi tahun lalu berjumlah RM31.8 bilion atau 1.6 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).  Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pencapaian itu menunjukkan lebihan CAB yang berterusan melebihi dua dekad.  ... Read more The post CAB Malaysia kekal catat lebihan RM2b pada suku keempat 2025 appeared first on Utusan Malaysia .

Pengawal keselamatan mengaku simpan bahan ajaran difatwa haram

Pengawal keselamatan mengaku simpan bahan ajaran difatwa haram

MELAKA - Seorang pengawal keselamatan di sebuah institusi pengajian tinggi didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyimpan bahan berkaitan ajaran yang difatwakan haram.Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohammad Shahirman Akbar Ali Khan, 36, atau penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati memiliki bahan termasuk kain rentang, baju T, poster, buku dan bahan berkaitan ajaran ‘The Ahmadi Religion of Peace and Light’ di sebuah rumah di Telok Mas sekitar jam 8 pagi, Khamis.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 63 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 kerana menghina agama Islam yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Muhammad Rafaie Zasari memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran selain supaya tertuduh bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan kerana tidak berkemampuan membayar denda yang tinggi selain menghidap strok.Tertuduh memaklumkan bahawa dia terjebak dengan perbuatan itu kerana terikut-ikut dengan orang lain.Pada Khamis, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu sebuah rumah di Telok Mas dan menahan lelaki terbabit hasil aduan orang awam.

Pemecatan Hamzah tanda Muhyiddin terdesak - Wan Saiful

Pemecatan Hamzah tanda Muhyiddin terdesak - Wan Saiful

SHAH ALAM - Pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah sesuatu yang sudah dijangka, menurut bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.Wan Saiful yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, tindakan itu juga menggambarkan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam keadaan terdesak.Menurutnya, tindakan menghantar sendiri notis pemecatan seolah-olah memperlihatkan Muhyiddin turut bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin."Pemecatan YB Dato Seri Hamzah Zainudin memang sudah diagak kerana Muhyiddin sekarang ini betul-betul terdesak."Apatah lagi bila Muhyiddin sendiri yang menghantar notis pemecatan (dalam kumpulan whatapp), seolah-olah dia juga Pengerusi Lembaga Disiplin. Muhyiddin dah berperangai di luar tabi’i."Dalam parti, sokongan kepada Muhyiddin sudah minima. Hanya mereka yang dia lantik saja yang menyokong dia. Itupun kerana sayangkan jawatan lantikan."Betul lah komen-komen saya sebelum ini bahawa Lembaga Disiplin diperkuda untuk memburu Hamzah."Akar umbi kekal bersama Hamzah dan kumpulan yang lebih besar adalah bersama Hamzah," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.Pada Jumaat, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026 dengan rujukan BERSATU/LD/RPT/108/25.Menerusi notis berkenaan, Lembaga Disiplin Bersatu memaklumkan keputusan itu dibuat selepas bersidang pada 12 Februari 2026.Menurut notis itu, keputusan pemecatan dibuat di bawah Fasal 22.5 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan tindakan Hamzah yang didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti berkenaan.Hamzah yang juga ahli Bahagian Larut dengan nombor keahlian 00259299 dimaklumkan bahawa notis berkenaan berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan bagi pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan.Notis pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Mohd Manan dan dialamatkan kepada Hamzah di Bukit Damansara.

Bersatu pecat Hamzah Zainudin

Bersatu pecat Hamzah Zainudin

SHAH ALAM - Lembaga Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memecat keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin berkuat kuasa pada Jumaat.Menurut sumber, keputusan itu dibuat terhadap Timbalan Presiden Bersatu itu menerusi persidangan yang berlangsung pada Khamis kerana tindakannya didapati melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Menerusi notis tersebut, Hamzah bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi kenyataan memaklumkan Majlis Pimpinan Tertinggi telah dimaklumkan mengenai keputusan Lembaga Disiplin itu."Hamzah dipecat dan hak-hak keahliannya dalam parti digugurkan di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa mulai 13 Februari (Jumaat) kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu," katanya ringkas.Ahli Parlimen Larut itu sebelum ini dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Prosiding Lembaga Disiplin Bersatu terhadap Hamzah tetap diteruskan seperti dijadualkan meskipun Ketua Pembangkang itu berada di luar negara.Pada masa sama, seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai presiden parti.Kesemua wakil rakyat terbabit melahirkan keyakinan bahawa Hamzah mampu menjadi Pemangku Presiden yang baik, mengembalikan agenda Bersatu kepada perjuangan rakyat dan negara serta menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan.

Bekas CEO SSM diperintah bela diri 8 tuduhan rasuah

Bekas CEO SSM diperintah bela diri 8 tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner membela diri atas lapan pertuduhan rasuah berkaitan penganjuran program SSM, 11 tahun lepas.Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap empat pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM1.21 juta serta empat lagi pertuduhan bersubahat dengan anaknya, Abdulazeez Wan Ruslan, 40, bagi menerima suapan RM160,000.Bagi tiga pertuduhan, Zahrah, 67, didakwa sebagai ejen iaitu bekas CEO SSM telah secara rasuah memperoleh suapan berjumlah RM1.01 juta sebagai balasan meluluskan pelantikan Ikhlas Padu Sdn Bhd dan SSJ Niaga bagi pengiklanan papan tanda LED komersial SSM di Johor dan Kedah.Beliau turut berdepan satu pertuduhan memperoleh suapan RM200,000 sebagai balasan meluluskan pelantikan Marikaya Enterprise bagi perkhidmatan pengurusan acara Program Bizfair SSM 2018 peringkat Sabah.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sekitar Pastry House, Lake Fields, Sungai Besi, antara Disember 2015 hingga Mac 2019 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Sementara itu, Zahrah turut diperintah membela diri atas dua pertuduhan bersubahat dengan Abdulazeez menerima RM160,000 bagi meluluskan perolehan kepada dua syarikat serta dua lagi pertuduhan memberikan persetujuan supaya SSM membuat pelaburan pemilikan saham dalam sebuah syarikat lain.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar Lake Fields, Sungai Besi pada 6 Feb 2018 mengikut Subseksyen 28(1)(c) dibaca bersama Subseksyen 16(a)(A) dan 24(1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman sama.Azura bagaimanapun melepas dan membebaskan Zahrah daripada 20 lagi pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah."Pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan kukuh bagi membuktikan fakta asas penting berkaitan penerimaan wang rasuah bagi semua 20 pertuduhan tersebut."Walaupun penemuan wang rasuah bukan elemen wajib, mahkamah berpendapat bukti sokongan dan bukti keadaan mencukupi diperlukan untuk membuktikan penerimaan wang seperti didakwa," katanya.Selain itu, Abdulazeez turut diperintah membela diri atas dua pertuduhan menerima suapan RM85,000 sebagai balasan memastikan ibunya meluluskan perolehan kepada dua syarikat pada 2018.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bandar Tasik Selatan dan di sekitar Lake Fields, Sungai Besi pada Mac serta 6 Feb 2018 mengikut Subseksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama.Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh memilih membela diri dengan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.Mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan sebelum ini iaitu 1 hingga 3 serta 16 dan 17 April; 20 hingga 22 Mei; dan 27 hingga 29 Julai.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Nurul Atiqah Mohamad Alias, manakala Zahrah diwakili Datuk Hasnal Rezua Merican, Muzammil Merican dan Intan Nur Alia Nodzri, sementara Abdulazeez diwakili Shahir Ab Razak, Mirdza Fahim Fadzli, Eless Francis dan Nur Syafiqah Zainal Abidin. - Bernama

70 tahun penubuhan, IKMa kekal teraju pembangunan koperasi

70 tahun penubuhan, IKMa kekal teraju pembangunan koperasi

PETALING JAYA - Sambutan Jubli Platinum Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bukan sekadar meraikan 70 tahun penubuhan malah menandakan tujuh dekad kecemerlangan dalam menerajui pendidikan dan latihan gerakan koperasi di Malaysia.Sejak ditubuhkan pada 1956, IKMa agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) membina legasi melalui pendidikan, penyelidikan serta khidmat nasihat konsisten kepada koperasi bagi melahirkan kepimpinan koperasi yang berintegriti dan profesional.Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Mohamad Alimin berkata, IKMa memainkan peranan signifikan dalam membimbing, melatih dan memberi keyakinan agar koperasi terus melangkah ke hadapan. "Sepanjang penubuhannya, IKMa telah membina modal insan koperasi yang berilmu, berintegriti dan profesional. "Tahun 2026 menjadi detik istimewa apabila IKMa menyambut Jubli Platinum penubuhannya, menandakan kesinambungan peranan penting IKMa dalam membentuk masa depan koperasi negara bersama koperator," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Jom@Coop: Jelajah Platinum 2026 yang diadakan serentak dengan Sambutan Jubli Platinum IKMa bertemakan ‘‘Mendidik Koperasi Menjulang Legasi’ di Institut Koperasi Malaysia pada Khamis.Tambah Mohamad, melalui Program Jom@Coop: Jelajah Platinum 2026 turun padang, IKMa mendengar denyut nadi koperasi dan membawa solusi yang benar-benar praktikal. "Kejayaan IKMa melaksanakan 777 program latihan pada tahun lalu termasuk melalui Program Bimbingan Strategik dan Transformasi Digital (BESTARI) membuktikan komitmen berterusan untuk memperkasa koperator dengan ilmu dan kemahiran yang relevan,"katanya.Sementara itu, Ketua Pengarah IKMa, Datuk Mohd Ali Mansor berkata, seiring 70 tahun penubuhannya, IKMa akan terus memperbanyak program latihan dan pembangunan untuk koperasi."Kami menyasarkan untuk melaksanakan kira-kira 650 program latihan pada tahun ini untuk ahli koperasi selain mahu menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik institut latihan awam negara,"katanya.Dalam pada itu, penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) menjadi manifestasi komitmen IKMa dalam  melahirkan generasi baharu koperator dan  technopreneur yang berfikiran strategik,  berani berinovasi serta mampu memimpin  koperasi secara berdaya saing di peringkat  nasional dan global.Universiti ini direka untuk melahirkan generasi baharu koperator dan technopreneur yang strategik serta inovatif, menyediakan laluan pembangunan modal insan yang menyeluruh daripada peringkat latihan profesional sehingga ke peringkat akademik tertinggi.Terkini, seramai 16 pelajar UKKM diluluskan menerima tajaan bagi pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dengan nilai keseluruhan tajaan mencecah RM4.08 juta untuk tempoh tiga tahun.Ia hasil dua penajaan biasiswa utama iaitu Biasiswa Khas Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Biasiswa Tabung Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (KWAPD) di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dalam pada itu, IKMa turut melangkah ke era digital menerusi pengaktifan Persona Digital IKMa iaitu CikMa.CikMa sebagai wajah dan suara digital rasmi IKMa bagi memudahkan komuniti koperasi mengakses maklumat, bimbingan dan latihan secara lebih pantas serta inklusif selari dengan Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) dan Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi 2030 (DigiKOP 2030).

Public Warned Against Fake “Scam Recovery” Websites

Public Warned Against Fake “Scam Recovery” Websites

Malicious actors are constantly coming up with new ways to scam people, upgrading their tactics alongside the evolving technology. Despite the various efforts to combat fraudulent activities, many people still find themselves falling victim to such schemes. What’s more, these individuals may end up getting targeted a second time. This is what is known as […] The post Public Warned Against Fake “Scam Recovery” Websites appeared first on Lowyat.NET .