Xiaomi Watch 5 Czech Price Leaks; Much Higher Than China

Xiaomi Watch 5 Czech Price Leaks; Much Higher Than China

The Xiaomi Watch 5 was launched in its home market back in December. More recently, there are hints of the smartwatch making its way elsewhere in the world. A report from Czech site SvetAndroida claims to know a thing or two about the wearable when becomes available there. Some of these may or may not […] The post Xiaomi Watch 5 Czech Price Leaks; Much Higher Than China appeared first on Lowyat.NET .

Noh umum letak jawatan ahli MPT Bersatu

Noh umum letak jawatan ahli MPT Bersatu

KUALA LUMPUR - Tan Sri Noh Omar mengumumkan meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkuat kuasa hari ini.Menerusi perkongsian video di laman Facebook, beliau berkata, keputusan itu diambil susulan tindakan Lembaga Disiplin parti yang disifatkan tidak menghormati keputusan mesyuarat MPT pada 12 Januari lepas, yang menetapkan agar tindakan disiplin terhadap ahli ditangguhkan.Menurut Noh, MPT ketika itu membuat ketetapan bahawa tindakan hanya akan dikenakan kepada ahli yang membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan mesyuarat dan bukan terhadap kenyataan yang dibuat sebelum mesyuarat berkenaan."Persoalannya, mengapa Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli Bersatu? Adakah Lembaga Disiplin tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi? Apa guna MPT, badan tertinggi parti bermesyuarat, tetapi keputusan MPT tidak dihormati oleh Lembaga Disiplin?"Apabila keputusan MPT telah dibuat untuk menangguh semua tindakan disiplin terhadap ahli-ahli yang terlibat, sepatutnya tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka yang membuat kenyataan sebelum mesyuarat MPT," katanya.Keputusan perletakan jawatan Noh dipercayai berkait dengan tindakan Lembaga Disiplin Bersatu memecat 17 ahli parti, termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, setakat semalam.Menurut Noh, MPT telah menubuhkan Jawatankuasa Pengukuhan Parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Rais Yatim bagi memulihkan perpaduan dalam parti, namun Lembaga Disiplin didakwa terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap ahli terlibat sebelum usaha itu dilaksanakan."Memang setiap parti mempunyai hak mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli, tetapi tindakan disiplin ini mesti diambil mengikut peraturan dan perlembagaan parti. Tiada siapa mengatasi undang-undang, ini prinsip saya."Dan kalau MPT ingin 'overrule' (menolak) keputusan yang telah dibuat pada 12 Januari dan mahu Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan, sepatutnya satu mesyuarat khas mesti diadakan untuk MPT 'overrule' keputusan penangguhan tindakan disiplin."Tetapi tiada mesyuarat diadakan, tiba-tiba Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan, termasuk terhadap mereka yang membuat kenyataan sebelum itu," katanya. - Bernama

Polis Selangor gerak 3,100 anggota cegah jenayah Tahun Baharu Cina

Polis Selangor gerak 3,100 anggota cegah jenayah Tahun Baharu Cina

KAJANG: Polis Selangor menggerakkan 3,100 anggota bagi operasi menyeluruh pencegahan jenayah sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kehadiran anggota polis di kawasan perumahan akan dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan harta benda penduduk sentiasa terpelihara. “Antara kes jenayah yang berlaku pada musim perayaan ialah pecah rumah. Kita akan tingkatkan rondaan ... Read more The post Polis Selangor gerak 3,100 anggota cegah jenayah Tahun Baharu Cina appeared first on Utusan Malaysia .

19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah

19 MP Bersatu hadir Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah

KUALA LUMPUR – Seramai 19 Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan menghadiri Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Ahad.Wakil rakyat berkenaan terdiri daripada mereka yang tidak dipecat dan yang telah dipecat daripada parti tersebut.Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee dalam ucapannya pada taklimat tersebut berkata, selain Ahli Parlimen, ia turut dihadiri oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian parti itu.Beliau yang juga Ahli Parlimen Beluran turut mendakwa seramai 118 daripada 168 ketua bahagian serta sebahagian besar ADUN Bersatu menyokong bekas Timbalan Presiden itu."Sebagai penganjur, kita ada 19 Ahli Parlimen bersama pada petang ini. Mereka ialah Ahli Parlimen Kangar, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Tanah Merah dan Machang."Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Gerik, Padang Rengas, Lumut, Indera Mahkota, Rompin, Sabak Bernam, Sungai Besar, Masjid Tanah, Mersing dan Larut."Kita tidak perlu kalkulator untuk mengenal pasti berapa ramai ketua bahagian yang menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak sampai satu pertiga pun yang menyokong kuat Muhyiddin," sindirnya.Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azlim Ali pada Jumaat memberi peringatan kepada semua ahli parti itu supaya tidak terbabit dalam sebarang bentuk perjumpaan dan perhimpunan yang dianjurkan oleh individu yang dipecat oleh Lembaga Disiplin.Jelasnya, menjadi satu kesalahan bagi mana-mana ahli bersekongkol dengan individu atau pihak yang bertindak bertentangan dengan Perlembagaan parti serta mengeluarkan kata-kata kesat yang mencemarkan nama baik dan maruah parti, sekali gus boleh dikenakan tindakan disiplin.

Sultan Nazrin, PM hadiri sambutan Tahun Baharu Cina negeri Perak

Sultan Nazrin, PM hadiri sambutan Tahun Baharu Cina negeri Perak

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini. Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ... Read more The post Sultan Nazrin, PM hadiri sambutan Tahun Baharu Cina negeri Perak appeared first on Utusan Malaysia .