Jonassen enggan bergantung kepada Zii Jia

Jonassen enggan bergantung kepada Zii Jia

KUALA LUMPUR: Perancangan skuad badminton negara tetap berjalan seperti biasa biarpun penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas masih belum dimuktamadkan.   Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen berkata, fokus utama ketika ini adalah memastikan barisan sedia ada benar-benar bersedia tanpa bergantung sepenuhnya kepada keputusan bekas juara All ... Read more The post Jonassen enggan bergantung kepada Zii Jia appeared first on Utusan Malaysia .

Bot pancung, pom-pom digunakan seludup PATI - Maritim Malaysia

Bot pancung, pom-pom digunakan seludup PATI - Maritim Malaysia

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengenal pasti sindiket yang aktif mempromosikan khidmat penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, sindiket kebanyakannya menggunakan laman sesawang seperti TikTok, Instagram dan Facebook sebagai medium untuk mempromosikan khidmat mereka.Menurutnya, harga yang ditawarkan sindiket pula bergantung kepada bot yang akan membawa PATI pulang ke Indonesia."Jika bot yang dipilih ialah bot laju, harga yang ditawarkan lebih tinggi berbanding bot kayu yang berkelajuan rendah."Kebiasaannya, sindiket akan mengambil peluang pada waktu malam untuk beroperasi."Sekiranya sindiket dapat mengenal pasti kehadiran penguat kuasa seperti Maritim Malaysia di laut, penghantaran pada malam tersebut akan dibatalkan dan PATI akan menunggu di rumah penampungan yang disediakan sindiket lebih lama sementara keadaan dianggap selamat untuk merentas sempadan laut," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, bot yang dikenal pasti digunakan sindiket antaranya bot pancung atau bot fiber dengan enjin rata-rata 200 kuasa kuda (hp), bot kayu atau digelar bot pom-pom, selain tidak dinafikan penglibatan bot nelayan tempatan kelas B dan C.Katanya, kapasiti bot pancung boleh memuatkan penumpang sekitar 10 hingga 30 orang, bot pom-pom sekitar 30 hingga 80 orang, manakala bot nelayan tempatan pula kurang daripada 30 orang."Kawasan yang dilihat aktif pada masa ini dan sering digunakan sindiket ialah sekitar perairan Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak."Titik pengambilan atau lokasi pengambilan akan berubah-ubah bergantung kepada situasi atau keadaan semasa yang difikirkan selamat oleh sindiket. Kebiasaannya, aktiviti akan berlaku pada waktu air pasang," katanya.Tegasnya, Maritim Malaysia mengambil serius isu penyeludupan PATI dan melaksanakan langkah proaktif bagi menanganinya."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di laut dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana pihak atau individu yang melanggar undang-undang Malaysia," katanya.

TVET sebagai arus perdana baharu

TVET sebagai arus perdana baharu

MALAYSIA kini berada pada persimpangan penting dalam pembangunan modal insan apabila Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diberi nafas baharu seiring kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI).  Dalam dunia yang bergerak pantas, sistem pendidikan tidak lagi boleh bergerak perlahan. Keperluan industri berubah dengan cepat dan tenaga kerja masa hadapan perlu dilengkapkan dengan kemahiran ... Read more The post TVET sebagai arus perdana baharu appeared first on Utusan Malaysia .

Mencetak graduan ‘sedia kerja’ untuk masa hadapan

Mencetak graduan ‘sedia kerja’ untuk masa hadapan

DALAM landskap ekonomi global yang semakin kompetitif menyebabkan pembangunan modal insan tidak lagi boleh bergerak secara terpisah. Ia memerlukan kolaborasi strategik antara universiti, industri dan kerajaan bagi memastikan negara memiliki tenaga kerja yang relevan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.  Dalam konteks inilah Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) muncul ... Read more The post Mencetak graduan ‘sedia kerja’ untuk masa hadapan appeared first on Utusan Malaysia .

Ramadan menguji kemurahan, kebakhilan hati

Ramadan menguji kemurahan, kebakhilan hati

MENJELANG Ramadan, umat Islam lazimnya mula menyusun sasaran ibadah,  memperbanyakkan zikir dan merancang amalan kebajikan.  Namun di sebalik semangat ini, masih ada segelintir yang dibelenggu ketakutan kehilangan harta, bimbang kehabisan simpanan dan gusar jika terlalu memberi akan membawa kepada kemiskinan.  Sikap inilah yang disebut sebagai bakhil, satu sifat tercela yang ditegur keras dalam Islam kerana ... Read more The post Ramadan menguji kemurahan, kebakhilan hati appeared first on Utusan Malaysia .

Iraqi Governments Detains Gamer’s Clair Obscur Expedition 33 Collector’s Edition Art Book For “Looking Ancient”

Iraqi Governments Detains Gamer’s Clair Obscur Expedition 33 Collector’s Edition Art Book For “Looking Ancient”

It’s barely been a year since Sandfall Interactive’s Clair Obscur Expedition 33 was released, and the game has gone on to garner critical acclaim, and sweeping up the trophies at last year’s Game Awards. Recently, however, the game’s Collectors Edition artbook became a subject of scrutiny to the most unlikely of offices: the Iraqi Ministry […] The post Iraqi Governments Detains Gamer’s Clair Obscur Expedition 33 Collector’s Edition Art Book For “Looking Ancient” appeared first on Lowyat.NET .

Berkicau isu tanggungjawab suami, Abby Abadi tuding siapa?

Berkicau isu tanggungjawab suami, Abby Abadi tuding siapa?

NAMA Abby Abadi memanas lagi apabila dia muncul dalam media sosial menyuarakan pandangan tentang isu tanggungjawab suami terhadap keluarga. Dalam hantaran tersebut, Abby bersuara selepas terbaca mengenai seorang artis yang memberitahu lelaki miskin jangan berkahwin dan baginya perkara tersebut ada kelebihan dan keburukan sendiri. “Bila ambil keputusan nak berkahwin, kena berakal dan tahu tanggungjawab akan ... Read more The post Berkicau isu tanggungjawab suami, Abby Abadi tuding siapa? appeared first on Kosmo Digital .

Selangor tak boleh lepaskan peluang

Selangor tak boleh lepaskan peluang

ALASAN letih tidak pernah wujud dalam diri pengendali Selangor FC, Kim Pan-gon yang menuntut permainan lebih baik mampu dijelmakan anak-anak buahnya pada suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini. Bekas pengendali Harimau Malaya itu menjelaskan, bekalan satu gol tidak menjamin apa-apa kerana segalanya ... Read more The post Selangor tak boleh lepaskan peluang appeared first on Kosmo Digital .

Itik sio Peranakan

Itik sio Peranakan

SEKALI pandang, mungkin tidak ramai yang tahu nama menu ini. Namun, sebaik sahaja dirasa, gabungan rasa masam, manis dan pedasnya terus mencuri perhatian. Itik sio atau itik masak berempah merupakan antara hidangan tradisi popular masyarakat Cina Peranakan terutama di Melaka. Ia sering dihidangkan ketika majlis-majlis penting dan istimewa. Bahan-bahan: -1 ekor itik -20 gram serbuk ... Read more The post Itik sio Peranakan appeared first on Utusan Malaysia .

Ikut undang-undang, bukan bertindak sendiri - Peguam

Ikut undang-undang, bukan bertindak sendiri - Peguam

SHAH ALAM - Isu pencerobohan binaan yang didakwa didirikan tanpa kebenaran di atas tanah milik pihak lain perlu ditangani mengikut saluran undang-undang yang betul dan bukannya melalui tindakan sendiri.Peguam, Muhammad Akram Abdul Aziz berkata, dari sudut undang-undang, isu utama dalam situasi berkenaan bukan hanya mengenai sama ada sesuatu binaan didirikan di atas tanah milik pihak lain atau tanpa kebenaran, tetapi kaedah dan proses tindakan yang diambil terhadap binaan tersebut."Adalah difahami bahawa tuan tanah yang mendapati hartanah mereka diduduki atau dibangunkan tanpa kebenaran boleh berasa tertekan dan teraniaya terutamanya jika keadaan itu berlarutan atau menjejaskan hak penggunaan tanah mereka."Pada masa sama, amalan membina apa-apa struktur termasuk rumah ibadat di atas tanah milik pihak lain tanpa kebenaran atau tanpa kelulusan pihak berkuasa adalah suatu keadaan yang tidak wajar dan tidak sepatutnya dinormalisasikan dalam masyarakat yang berteraskan kedaulatan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, bagaimanapun undang-undang di Malaysia secara prinsipnya tidak membenarkan mana-mana pihak termasuk pemilik tanah sendiri untuk mengambil tindakan secara unilateral atau 'self-help' dengan merobohkan binaan tanpa melalui proses undang-undang yang sah.Muhammad Akram berkata, sekiranya benar sesuatu struktur itu didirikan secara tidak sah, saluran yang betul ialah melalui pihak berkuasa tempatan (PBT), permohonan tindakan penguatkuasaan atau mendapatkan perintah mahkamah."Pendekatan ini bukan bertujuan menafikan hak pemilik tanah tetapi untuk memastikan bahawa sebarang tindakan diambil secara teratur, adil dan tidak menimbulkan risiko keselamatan atau gangguan ketenteraman awam."Dalam konteks ini, penahanan oleh pihak polis boleh difahami sebagai sebahagian daripada proses siasatan bagi menentukan fakta dan keadaan sebenar kejadian, tanpa menjejaskan hak individu yang terlibat untuk membela diri mereka di mahkamah."Soal berlaku kesalahan jenayah atau sebaliknya hanya boleh diputuskan melalui proses undang-undang yang sewajarnya," jelasnya.Ujarnya, kes-kes yang melibatkan struktur keagamaan atau tempat ibadat perlu ditangani dengan penuh kepekaan kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat."Pematuhan kepada saluran undang-undang yang betul adalah penting bukan sahaja untuk melindungi hak tuan tanah tetapi juga bagi memastikan keharmonian awam dan prinsip kedaulatan undang-undang terus terpelihara," ujarnya.Media pada Rabu melaporkan, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang.Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, penahanan itu dilakukan susulan aduan seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan berkenaan.