Collector
Giriş Yap
Pejabat MCA Yong Peng terbakar | Collector
Pejabat MCA Yong Peng terbakar

Pejabat MCA Yong Peng terbakar

BATU PAHAT - Pejabat MCA Yong Peng di Jalan Nipah, di sini hampir musnah selepas dijilat api dalam kebakaran yang berlaku malam Sabtu.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Muhammad Amier Syah Hamzah berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.28 malam.Katanya, susulan daripada kejadian itu, 14 anggota bersama dua buah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi."Sebuah bangunan pejabat jenis separuh kekal berukuran 100 kaki panjang, 70 kaki lebar dan 20 kaki tinggi sedang terbakar."Kebakaran melibatkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan satu pancutan sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu dan operasi berjaya ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.56 malam.Punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami masih dalam siasatan.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon ketika dihubungi mengesahkan kejadian.Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri itu berkata bangunan terbabit merupakan pusat aktiviti MCA dan juga sebuah bangunan ikonik yang berusia 70 tahun di Yong Peng.Terdahulu, Tian Soon yang juga Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, membuat penstriman langsung di akuan Facebooknya ketika berada di lokasi kejadian.

Go to News Site