Collector
Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami pada Malaysia | Collector
Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami pada Malaysia
Sinar Harian

Dua gempa sederhana landa Filipina dalam tempoh dua jam, tiada risiko tsunami pada Malaysia

KUALA LUMPUR - Dua gempa bumi sederhana melanda wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh dua jam petang tadi, namun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, gempa terbaharu dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter berlaku pada jam 7.22 malam tadi.Pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 48 kilometer (km) pada jarak 112 km Tenggara dari Koronadal City, Filipina.Terdahulu, satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter direkodkan berlaku pada 5.17 petang dengan kedalaman 10 km, berpusat di 171 km Barat Laut dari Pulau Talaud, Indonesia.Setakat ini, sebanyak 15 orang dilaporkan maut dan sekurang-kurangnya 134 lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.9 magnitud melanda Mindanao pada 7.37 pagi Isnin. - Bernama

Go to News Site